Monday, June 3, 2013

Yang Mana Satu Pilihan Anda? HTC One atau Samsung Galaxcy S4

HTC One
Ia merupakan telefon pintar android yang dihasilkan oleh syarikat dari Taiwan HTC. Ia merupakan produk yang dihasilkan setelah kejayaan produk sebelumnya. Petiktetikus diberitahu bahawa produk ini mengalami beberapa masalah promosi. Kelewatan promosi produk HTC One ini menyebabkan  kadak jualan agak rendah kerana kilangbya tidak dapat mengeluarkan produk mengikut tempahan. Apa pun , produk HTC One ini adalah produk yang baik dan hebat. Ia menggunakan casing aluminium, penggunaan sensor yang lebih sensitif, kamera yang jelas dengan pelbagai fungsi tambahan, speaker yang diletakkan di kedudukan sepatutnya (Streo Hadapan,dapat menghasilkan bunyi yang lebih jelas) dan tidak dilupakan penggunaan perisian yang unik seperti  "BlinkFeed" dan  "Zoe". Apa itu? , anda perlu menerokainya sendiri...suspen tak? 



Samsung Galaxy S4
Ia juga merupakan satu telefon pintar yang dihasilkan oleh Samsung Electronics. Ia diperkenalkan di New York CIty pada 14 Mac 2013 sebagai kesinambungan produk tetefon pintar terkini. Memang tidak asing bagi kita bahawa Samsung kerap mengeluarkan produk terbaru di dalam jarak masa terdekat antara produk-produknya. "Teknik Serangan Tanpa Henti" atau " 止められない" telah meletakkan Samsung diantara peneraju produk elektronik terkini. Antara perisian yang unik pada tetefon pintar Samsung Galaxcy S4 ini ialah  Air Gesture, Smart Stay, and Smart Scroll untuk sistem kameranya. Ia menggunakan prosessor quad-core Qualcomm Snapdragon 600 dan juga menggunakan sistem Exynos 5 Octa. Ia mempunyai 8 core.Agak hebat untuk sebuah telefon pintar. Ia telah diperkenalkan pada bulan  April 2013 di 115 negara.


No comments:

Post a Comment