Sunday, June 2, 2013

HTC Produk Baru dan Perancangan Masa Hadapan

Kehadiran tablet  Windows RT banyak menarik perhatian  syarikat-syarikat IT untuk merekabentuk perkakasan dan perisian yang dapat menyerlahkan potensi sebenar tablet ini. Penggunaan Windows 8 juga merupakan satu langkah besar Windows untuk bersaing dengan perisian persaingannya seperti Apple dan Android. Salah satu syarikat besar yang berminat untuk menggunakan Windows di dalam gadgetnya ialah HTC



Setelah beberapa artikel yang telah saya baca, HTC sebenarnya pernah bercadang untuk mengeluarkan produk tablet 12 inci tetapi terpaksa di batalkan kerana pada ketika itu, HTC merasakan pasaran produk Windows ini tidak jelas dan masih asing bagi sebahagian penduduk dunia. Selain daripada itu, terdapat faktor kurang popular dikalangan pengguna dimana mereka masih selesa menggunakan netbook atau laptop untuk melayari internet dan aktiviti lain.


Walaubagaimanapun, Petiktetikus mendapat khabar dimana HTC bakal mengeluarkan tablet 7 inci yang menggunakan OS Windows sekitar bulan September atau Oktober. Lebih menggembirakan lagi apabila HTC turut bercadang untuk mengeluarkan produk tablet untuk Android (albert one). Mungkin selepas ini tablet 10 inci akan dikeluarkan menggunakan perisian Windows 8.1 Blue....Mungkin!


No comments:

Post a Comment