Tuesday, January 28, 2014

iPAD AIR vs iPAD MINI WITH RETINA DISPLAY...Mana Yang Patut Di Beli?



Saya telah dihujani dengan soalan yang sama sepanjang bulan ini, Manakan produk iPad yang patut di beli? dan Adakah terdapat jurang  perbezaan yang ketara antara 2 produk ini?. Setelah saya melakukan survey dengan melayari internet,melihat sendiri dan bertanyakan kepada kedai, akhirnya saya memperolehi jawapan. Disini saya akan kongsikan pendapat saya mengenai 2 produk ini, iPad Air dan iPad Mini With Retina Display(WRD)

iPad Mini WRD sememangnya mempunyai kelebihan kerana ia produk terbaru yang dikeluarkan. Ia mempunyai kelebihan pada teknologi WRD dan Cip pemprosesan terkini (update). Walaubagaimanapun, iPad Air mempunyai kelebihan daripada saiz skrin yang lebih besar dan sedap dipegang dan menggunakan model cip yang sama dengan iPad Mini WRD. 2 produk ini mempunyai perbezaan prestasi dan kualiti yang amat sedikit.

Mari kita bedah badannya dan lihat jantungnya. Kedua-dua produk ini menggunakan cip Apple A7 ARM. Cip ini juga memacu iPhone 5S. Chip ini telah di rekabentuk semula menjadi ARMv8 yang menghasilkan keupayaan 64-bit komputer ke dalam telefon bimbit. Amat hebat sekali!.

Apabila saya melihat iPad ,sudah pastinya mata saya akan tertumpu kepada paparan LCD yang hebat. iPad Mini dan iPad Air masing-masing mempunyai resolusi skrin yang sama iaitu 2048x1536. Sejujurnya saya melihat kedua-dua paparan skrin hebat dan tiada kurangnya. iPad Mini mempunyai 326  pixel-per inch (PPI) yang tinggi.berbanding iPad Air mempunyai saiz 9.7 inch dan mempunyai 263 PPI. Walaubagaimanapun, iPad Air mempunyai kelebihan dari segi saiz. Ia lebih besar dan sudah pastinya ia membantu untuk pengguna membaca nota atau e-book dan pada masa yang sama mudah untuk melayari internet. Jika kita ingin membandingkan daripada segi berat, iPad Air mempunyai keberatan 469 gram manakala iPad mini 331 gram. 2 produk ini juga mempunyai tahap kenipisan yang hampir sama iaitu 7.5mm. Semakin sukarkan untuk membuat pilihan ?

Point terakhir kita ialah harga bagi produk iPad Air dan iPad Mini WRD. iPad mini di datangkan dengan saiz storage 16G sehingga 128G dan harganya bermula RM 1599(untuk wifi sahaja) dan RM 2029 (untuk wifi dan selular). Manakala iPad Mini WRD pula di datangkan dengan saiz 16G sehingga 128G dengan harga bermula dengan RM1279(untuk wifi sahaja) dan RM 1699 (untuk wifi dan selular).

Secara rumusannya saya lebih suka memilih untuk membeli iPad Mini WRD kerana mempunyai saiz yang mudah dibawa dan mempunyai perisian yang lebih "update" berbanding iPad Air. Anda pula bagaimana? terserah kepada anda untuk menentukannya. Sila berikan komen anda ok.



Sunday, January 26, 2014

Lembab Laptop/PC anda?....Ada Caranya



Aduh perlahannya laptop aku!#%%$%%)!!. Pernahkah masalah seperti ini terjadi pada anda ?. lebih kurang 60% penggunan laptop atau PC mengalami masalah ini. Masalah seperti ini bukan hanya berlaku pada laptop/PC model lama, walhal ia juga turut berlaku pada model yang baru. Disini, Petiktetikus akan kongsikan tips untuk menyelesaikan masalah ini. Try ok !


  1. Selepas melakukan proses install perisian windows, lakukan proses "backup image" atau melakukan setkan "restore time" . Ini bagi memudahkan proses mengembalikan laptop ke keadaan "fresh install" (keadaan baru install)
  2. Lakukan instalasi satu per satu.jangan lakukan instalasi terlalu tergopoh-gapah kerana ini akan membuatkan kedudukan sistem file di dalam windows tidak tersusun
  3. Pastikan instalasi perisian dilakukan dengan mendownload terlebih dahulu perisian daripada internet ke laptop, Ini dapat membantu mengenalpasti perisian itu selamat digunakan atau tidak. Antivirus akan memeriksa keselamatan perisian tersebut.
  4. Lakukan proses "defragmentation" yang sedia ada di dalam windows atau boleh di muat-turun daripada laman web seperti filehippo.com atau download.com
  5. Muat-turun perisian antivirus yang boleh diupdate sentiasa dan tidak terlalu berat sehingga mengganggu prestasi laptop.
  6. Jangan letakkan terlalu banyak icon di paparan desktop laptop 
  7. Jangan mengecilkan space di C: (partition utama,menyimpan sistem windows) pastikan semasa membuat partition pada Hardisk, C: hendaklah lebih besar daripada D:
  8. Jaga kebersihan laptop, jauhkan daripada tempat yang panas dan berhabuk
  9. Tambah kekuatan perkakasan dengan menambah RAM atau Hardisk
  10. Jangan plug-in sebarang kabel yang tidak digunakan seperti kabel Hp atau MP3 atau USB. Ia akan melambatkan proses "load" windows
Selamat Mencuba !
Sila bagi komen sekiranya anda memerlukan penerangan lebih lanjut

Saturday, January 25, 2014

10 Pilihan PetikTetikus .....Game Android!

Salam sejahtera dan selamat pagi kepada semua pembaca blog Petiktetikus ini. Terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada saya. Hari ini saya ingin kongsikan 10 game android terbaik pilihan Petiktetikus. Mungkin sebahagian daripada anda ada pilihan masing-masing, Oleh itu, saya mengharapkan anda memberikan komen ok. Tanpa membuang masa, saya mulakan....

Angry Bird


Siapa individu di dunia ini yang tidak mengenali permainan android ini. Watak burung yang tidak bersayap menghancurkan dinding batu,kayu dan kaca. Permainan ini mula diperkenalkan pada tahun 2009 di platform IOS Apple. Ia telah di muat-turun sebanyak 12 juta kali pada tahun itu. Dengan sambutan yang menggalakkan , Ia telah dikeluarkan dalam perisian Android ,Symbian dan Windows. Sekarang terdapat pelbagai versi seperti bird season,rio,space,starwars dan go!. Sekiranya anda belum memuat turun perisian terbaru iaitu go!, anda rugi kerana keseronokan permainan kali ini lebih hebat (lebih baik daripada mario carts).

Tample Run


Pernahkan anda bermain permainan Ball? corak permainan ini juga hampir sama. Anda perlu memandu arah watak di dalam permainan ini ke arah kiri dan kanan. ia akan bergerak sangat laju dan tugas anda ialah memastikan ia tidak melanggar dinding ataupun makhluk di tengah laluan anda. Permainan ini sangat mengujakan kerana ia memaksa anda bertindak pantas dan setiap laluan yang anda pilih akan membawa anda ketempat yang berlainan. 

Cat Vs Dog


Petiktetikus telah terpukau dengan keseronokan permainan ini semasa versi pertama dikeluarkan. Ia sangat melucukan apabila melihat anjing dan kucing bergaduh dengan membaling barang seperti tulang ,daging,kayu ,minyak,sampah dan gas. Permainan ini amat mudah kerana ia seperti angry bird juga . Versi baru menampilkan paparan grafik yang lebih cantik dan menarik. Salah satu permainan kesukaan saya sepanjang zaman

Unblock Car


Konsep permainan yang mudah dan mencabar minda. Misi anda ialah mengalihkan kedudukan kereta yang mengganggu ferrari merah untuk keluar.Lebih kurang langkah yang anda gunakan, lebih banyak markah yang anda perolehi.  Setiap peringkat akan memaksa anda memerah otak anda untuk memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri daripada kereta-kerata yang parking tak tentu arah. Bertuah Betul !

Pool Billard Pro


Salah satu permaian android yang mesti ada di dalam Hp anda. Ia merupakan satu permainan yang menyeronokkan. Di dalam permainan ini anda boleh memilih untuk bermain pool atau snooker. Anda boleh bermain bersama rakan-rakan atau berlawan dengan komputer. Walaupun nampak mudah, ia tetap memberikan cabaran.

FIFA 14


Dengan paparan grafik yang menarik dan gameplay yang telah dipertingkatkan, ia merupakan salah satu permainan bola sepak terbaik pernah dikeluarkan. Ia menampilkan beberapa pasukan dan pertandingan bertaraf dunia untuk anda ceburi. Gambaran watak yang cantik dan sudut kamera yang sentiasa berubah menunjukkan jaringan sudah cukup membuatkan Hp anda kehabisan bateri kerana anda akan terpaku berjam-jam bermain permainan bola ini.

Word Search


Satu permaianan yang santai dan menarik untuk anda menghabiskan masa anda ketika sedang berehat. Ia menyediakan pelbagai tahap dan tema yang berbeza. Teka silang kata ini mudah dan anda perlu mencari ayat yang ditentukan dengan masa yang pantas. 

Touch Music


Permaianan musik ini sangat mengasyikkan. Berpandukan pada lagu yang anda pilih, anda perlulah menekan setiap not yang jatuh di dasar tapak serentak mengikut landasan masing-masing . Setiap lagu yang anda pilih akan menghasilkan pergerakan not yang perlahan atau laju. Ia bertambah menarik apabila ada not yang memerlukan anda menekan lebih lama dan akan bersilang ke landasan yang berlainan. Amat Menyeronokkan.

Dead Trigger


Siapa yang tidak suka zombie? lebih-lebih alagi apabila anda berpeluang untuk menembak menggunakan pelbagai jenis senjata ke arah zombie-zombie sehingga hancur berkecai. Misi yang disediakan amat mencabar. Anda perlu memperoleh wang emas yang mencukupi sebelum membeli senjata baru. Pergerakan zombie yang menakutkan dan suasana permainan yang gelap dan mencabar sudah pastinya menyeronokkan dan mengujakan.

GolfStar


Permainan golf ini berlainan dengan permainan golf yang pernah petiktetikus main sebelum ini. anda boleh berinteraksi dengan permain lain dan saling mencabar untuk melepasi setiap tahap. Anda juga boleh mengupgrade set golf anda. Cara permainan yang mudah dan memerlukan ketepatan yang tinggi untuk menghantar bola golf yang anda pukul ke tempat yang dikehendaki. 

Thursday, January 16, 2014

3 PERALATAN TERKINI UNTUK TAHUN 2014...WoW!

Kita sudah melangkah masuk ke dalam tahun2014 . Pelbagai peralatan moden bakal doperkenalkan kepada kita pada tahun ini. Petiktetikus telah menyenaraikan beberapa peralatan terkini yang bakal membuatkan anda kagum. Mulakan simpanan di dalam tabung ayam anda sekarang !

PlayStation 4 (juga dikenali sebagai PS4)

Kita sudah diperkenalkan dengan rekabentuk PS4, sejujurnya saya amat bernafsu untuk memilikinya. Ia merupakan satu produk Sony Computer Entertainment terbaik yang pernah dikeluarkan. Ia telah dilancarkan buat pertama kalinya di America Utara pada 29 November 2013 dan seteruskan ke seluruh benua.


Ia telah meninggalkan penggunaan Cell architecture kepada penggunaan pemproses yang lebih stabil iaitu X86-64 yang memberikan kekuatan pada paparan grafik dan sistem konsol permainan. Tahniah kepada Sony kerana telah memberi tumpuan penuh untuk kepuasan pengguna dengan menambah beberapa fungsi menarik. Antaranya fungsi "share" pada konsol permainan yang membolehkan pemain memaparkan permaian  rakan secara "live streaming"di mana-mana tempat . Bukankah itu menakjubkan?

Selain daripada itu,  fungsi "cloud-game based" yang membolehkan kita bermain game secara online tanpa memerlukan penggunaan dick Blue-ray. Penggunaan PSP Vita untuk memainkan game PS4 secara wireless remote play sudah cukup untuk anda berpuas hati dan puas sebagai seorang GAMERS.

CyberPowerPC's Fang Battle Box

Sudah penat memikirkan bagaimana anda hendak membawa CPU anda kemana sahaja anda berada? masanya telah  tiba untuk saya perkenalkan CyberPowerPC Fang Battle Box!. Pertama kali saya melihatnya saya tidak menjangkakan ia sebuah PC. Ia lebih nampak seperti beg motorsikal.Ia mempunyai pemegang (handle) untuk mudah diangkat. Tetapi jangan tertipu dengan luarannya kerana perkakasan di dalam PC ini berkapasiti tinggi.

Ia diperkuatkan dengan paparan grafik GeForce GTX 780 Ti, bekalan kuasa daripada Corsair CX500, Papan Induk ITX, Penggunaan Corsair all-in-one cooling loop untuk menyejukkan PC ketahap maksimum, RAM 16G , tambahan skill Ram 120GB SSD, 1TB hardisk dan penutupnya ialah penggunaan pemprosesan terkini Intel Core i7 4770K. Apa lagi yang anda mahu?



Razer, Project Christine

Penampilan syarikat Razer sebagai pengeluar perkakasan gamming tidak perlu diperkatakan lagi. Daripada keybord, mouse kepada laptop yang bermutu tinggi dan hebat, Razer membuka satu paradigma baru dengan memperkenalkan Project Christine. Ia merupakan sebuah PC.

Ia telah memperkenalkan produk PC yang berlainan konsep dengan PC sedia ada. Rekabentuknya sahaja sudah cukup membuatkan saya terpukau dan sekali sekala merenung lama untuk mengesahkan ia sebuah PC. Ia dibina sebagai PC Gamming dimana ia menggunakan perkakasan yang berkapasiti tinggi dan termoden sekali di dalam liga PC. Perkakasan PC ini menggunakan konsep Plug-in-Play, bermaksud untuk membuat pertukaran atau pemasangan perkakasan, kita hanya perlu cabut dan pasang sahaja. Ia di sejukkan dengan penggunaan perkakasan  "mineral oil" yang diletakkan di dasar PC dan tekanan daripada valve system menolak cecair ke atas dan megelilingi semua perkakasan. Ini menjamin ia sentiasa sejuk.


Oleh kerana ia lain daripada yang lain, semua perkakasan seperti RAM, paparan grafik, prosessor, blue-ray dan paparan LED perlu di order daripada Razer untuk diupgrade. Agak sukar tetapi yang pastinya sekiranya anda membeli dan pasang dirumah, Kepuasan permainan game boleh anda rasai dan pada masa yang sama anda boleh berlagak dengan rakan-rakan gamers anda. 

Wednesday, January 15, 2014

Kembali Semula Dengan Pembaharuan....I am Back !

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang memberikan sokongan kepada saya untuk saya kembali bergiat aktif sebagai blogger kental. Dengan azam baru dan semangat yang "superb", saya akan kembali semula memberikan informatif terkini dalam bidang IT dan berkongsi ilmu dan kemahiran kepada semua Petiktetikus Fan!  Lets Begin This Year With A Bang!