Monday, March 10, 2014

Tahniah Lee Chong Wei ! Juara Yonex All England 2014

Tahniah Petiktetikus ucapkan kepada Lee Chong Wei kerana telah menjuarai perseorangan Piala Yonex All England 2014 melawan Cheng Long. Seteru ketat beliau ini telah memberikan tentangan yang hebat dengan libasan yang kencang dan teknik hantaran perlahan untuk meletihkan Lee Chong Wei. Walaubagaimanapun, tindakan pantas dan teknik permainan yang kemas telah membuahkan hasil kepada Lee Chong Wei pada malam ini.
Beliau menang "straight set", 21-10/21-18 tanpa memberikan sedikit ruang kepada Cheng Long. Servis terakhir kemenangan beliau amat menakjubkan dan cara beliau meraikan kemenangan pada malam ini jelas menunjukkan betapa beliau telah lama "kehausan" kemenangan dan kepuasan yang tidak terhingga kerana dapat mengalahkan Cheng Long dari negara tanah besar itu.
Tahniah sekali lagi, kami warga Malaysia turut bergembira dengan kejayaan anda!

No comments:

Post a Comment