Friday, May 2, 2014

Jangan Mudah Tertipu..RM20000 Umpan Bahaya !



Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca petiktetikus. Hari ini saya ingin kongsikan masalah yang dihadapi oleh semua warganegara Malaysia iaitu "PHISHING" atau turut dikenali "Penipuan Dalam  Talian". Mudah saja untuk mengenalpasti yang anda sedang memasuki jerat SiCelaka ini. Anda akan menerima pesanan ringkas melalui e-mail atau telefon mudah alih (handphone). Anda diberitahu yang anda menerima durian runtuh sebanyak 10,20,30 malahan 100 ribu ringgit dan anda hanya perlu menelefon nombor yang tertera di dalam pesanan ringkas itu tadi. Cammon la! anda tak pernah menyertai apa-apa  pertandingan atau tidak pernah mendaftar secara dalam talian (online), bagaimana anda boleh menang. Inilah penangan SiCelaka memasang jeratnya.

Petiktetikus akan berkongsikan cara-cara  phishing beroperasi :

  1. Anda akan menerima pesanan ringkas melalui handphone dan e-mail mengatakan anda memenangi sejumlah wang
  2. Di dalam pesanan tersebut menyatakan ia daripada Shell (M) Bhd atau syarikat dan ia merupakan hadiah grand prize!
  3. Anda akan diberikan link ke website shell yang kononnya peraduan ini sedang berjalan untuk membuatkan anda percaya yang ia benar .
  4. Anda akan menelefon talian khidmat pelanggan yang tertera pada email dan pesanan ringkas tadi.
  5. Mereka akan menyatakan wang akan di masukkan ke dalam akaun anda tetapi akaun tersebut hendaklah mempunyai wang melebihi rm1000
  6. Mereka akan meminta nombor akaun bank dan password(kat sini telah terang2 penipuan berlaku)
  7. Setelah no akaun diberikan, mereka akan meminta kita menunggu dalam jangkamasa tempoh waktu tertentu untuk memasukkan wang 
  8. Anda akan perasan semua duit anda hilang dalam tempoh 12 jam atau kurang daripada itu.
Untuk pengetahuan anda para pembaca :

  1. Mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat swasta akan dipaparkan di dalam media cetak seperti surat khabar dan tv
  2. Sebarang kemenangan yang diperolehi, pihak syarikat akan menelefon anda dan akan meminta anda ke pejabat tanpa meminta apa-apa maklumat peribadi
  3. Pejabat itu bermaksud bangunan ibu pejabat, bukan cawangan
  4. Hadiah yang dimenangi tidak bersyarat, bermaksud anda tidak perlu membuat bayaran tambahan 
  5. Operator syarikat mesti warganegara Malaysia, jika anda mendengar dialek suara seperti orang indonesia, thai atau lain-lain baik anda abaikan.

Biasanya aktiviti phishing mensasarkan :

Orang tua- kerana mereka akan menggunakan taktik gertak seperti duit pencen hilang atau taktik budiman dengan memujuk mereka mendaftar atau membeli produk secara online taktik terujaan dengan mengatakan mereka menang peraduan berbentuk wang ringgit. Kurang pendedahan kepada warga tua menjadikan mereka sasaran yang mudah

Pelajar/remaja-mereka ini akan menggunakan taktik terujaan dan taktik peluang dengan menyatakan mereka memerlukan wang ini  untuk kos perbelanjaan dan memberikan mereka bayangan betapa mereka bertuah dapat gunakan wang tersebut untuk keseronokan 

ibu/ibu tunggal - Mennggunakan taktik peluang iaitu mereka akan ditawarkan kerja daripada rumah dengan menerima gaji yang tinggi. Selain daripada itu taktik gertak dan budiman turut digunakan.


Gambarajah paparan yang menunjukkan laman web sebenar dan laman web palsu :

Gambarajah Web Sebenar





Gambarajah Web Palsu


Daripada gambarajah diatas, lihat anak panah yang Petiktetikus tandakan, hendaklah dipastikan bahawa alamat web mesti menggunakan link ".my" dan nombor customer service mestilah menggunakan talian bebas seperti "1-800-xxx-xxx" bukan nombor telefon bimbit.

Semoga semua warga pembaca Petiktetikus lebih berhati-hati dan ingatlah bahawa "rezeki tidak datang bergolek". Sekiranya boleh, tolong ingatkan ayah dan ibu, atuk dan nenek ,adik beradik ,saudara mara dan rakan-rakan mengenai masalah Phishing. Sayangilah mereka seperti anda menyayangi diri anda sendiri.

No comments:

Post a Comment