Tuesday, May 13, 2014

Kerajaan Terengganu Bertukar Tangan....Adakah Seperti Selangor?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pagi selasa ini, semasa saya menjamu selera sepinggan nasi lemak, mata saya terhenti pada tajuk akhbar harini. Agak terkejut dan hairan,Mengapa?. Menteri besar Terengganu, YB Dato Seri Ahmad Said telah melepaskan jawatan beliau sebagai menteri besar dan Datuk Ahmad Razif  Abd Rahman telah dilantik sebagai penggantinya yang baru. Apa yang telah terjadi?tiada ribut dan ombak tetapi taufan politik tiba-tiba muncul tanpa disedari.

Sebelum saya mula berbicara, saya ingin tekankan saya bukan Pro mana-mana parti dan hanya berminat melihat warna-warni politik Malaysia. Daripada maklumat yang Petiktetikus perolehi, krisis ini bermula semasa menghadapi pilihanraya ke-13 tahun lepas. YB Dato Seri Ahmad Said telah menghantar surat perletakan jawatan yang telah ditandatangani oleh beliau kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebelum perlantikan YB Dato Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal ke-2. Di beritakan Datuk Seri Najib Razak telah menolak surat perletakan jawatan tersebut tetapi YB Dato Seri Ahmad Said tetap akan meletakkan jawatan yang akan berlaku setelah perkahwinan anaknya berlangsung pada 17 May 2014
.

Malapetaka El-Nino belum lagi tiba, tetapi bencana di dalam pentadbiran kerajaan Terengganu tiba lebih awal. Kesudahan cerita ini tidak berhenti disini sahaja. Bekas Menteri Besar Terengganu,YB Dato Seri Ahmad Said telah memilih untuk keluar daripada Parti Barisan Nasional (BN) sebagai adun Bebas dan mengikut maklumat yang baru Petiktetikus terima, 5 lagi ahli ADUN BN turut mengambil langkah yang sama. iaitu :


  1. Adun Ajil                    (YB Ghazali)
  2. Adun Permaisuri          (YB Dato Mat Jidin)
  3. Adun Kemasik            (YB Ir Rosli)
  4. Adun Hulu Besut         (YB Nawi)
  5. Adun Bukit Besi(

Kesan daripada tindakan ini, pembubaran DUN bagi Negeri Terengganu akan berlaku setelah mendapat perkenan sultan. Sebentar! mari kita lihat semula kedudukan kerusi DUN sekarang.













PAS/PKR----------> 15 Kerusi DUN













UMNO------------> 11 Kerusi DUN



Terdapat beberapa berita yang masih lagi belum dipastikan kesahihannya, tetapi yang pasti perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru pasti berlaku.

Berita yang masih tidak dipastikan kesahihannya ialah:
  1. Istana menarik balik penganugerahan perlantikan Datuk Ahmad Razif  Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu
  2. Menteri Besar yang bakal dilantik adalah dikalangan individu daripada PAS
Walauapapun yang berlaku, Petiktetikus cuma berharap agar proses perlantikan ini berlaku dengan suasana aman dan tenteram tanpa berlaku sebarang provokasi. UMNO perlu melakukan tindakan drastik untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti itu. Apa yang berlaku di dalam parti masih menjadi tanda tanya dan saya tidak layak untuk mengutarakan sebab mengapa ini berlaku kerana faktor kekurangan maklumat dan amat sukar untuk membezakan maklumat yang benar dan palsu.

Marilah kita nantikan berita terkini di kaca TV dan sumber media cetak lain. #PrayforTerengganu


No comments:

Post a Comment