Sunday, August 17, 2014

Keselamatan Anak, Kecuaian Bakal Membuatkan Anda Merana !


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Petiktetikus. Hari ini saya hanya bersantai-santai di Dataran Shah Alam bersebelahan dengan Masjid Negeri. Seronok melihat rata- rata warga Shah Alam membawa keluarga bersukan dan bersantai-santai di sini. Jelas terpancar keseronokan di wajah setiap kanak-kanak yang berlari-lari dan bermain pistol buih, sangat comel !. Hari ini Petiktetikus juga ingin memberikan tips santai kepada para pembaca, iaitu berkenaan keselamatan anak semasa di taman. Menarik bukan?. Petiktetikus merasakan perkongsian keselamatan ini amat sesuai kerana"feels" Petiktetikus berada di kerusi batu sambil melihat kanak-kanak di sini hehe.

Tips keselamatan anak-anak dari sudut pandangan Petiktetikus :

1. Lihat pergerakan anak anda dari masa ke semasa. Jangan biarkan mereka bermain tanpa kawalan
2. Pastikan anak anda memakai kasut atau selipar, takut terpijak benda tajam di tanah rumput
3. Biarkan anak anda berinteraksi dengan kanak-kanak lain, tetapi bukan dengan individu dewasa yang meragukan
4. Jangan biarkan anak anda mengambil atau menerima makanan daripada individu yang tidak di kenali
5. Sekiranya anak anda mempunyai hp, pastikan ia "on" sentiasa dan ingatkan mereka supaya ia sentiasa di sisi mereka. Ia mungkin berguna ketika kecemasan.
6. Basuh tangan mereka semasa mereka makan, mungkin ada tersentuh benda kotor ketika bermain
7. Sentiasa sediakan "first aid kits", mungkin diperlukan ketika kecederaan berlaku pada anak anda atau anak orang berhampiran anda.
8. Sentiasa memohon perlindungan Tuhan semoga keluarga anda selamat daripada kecelakaan dan benda-benda buruk.