Saturday, September 6, 2014
Toshiba Melancarkan Tablet 7-Inch Windows 8.1 dan Second Generation Chromebook
Toshiba merupakan salah satu kuasa besar di dalam liga laptop, tablet, dan chromebook. Bagi anda semua yang sedang mencari tablet dan chromebook terkini dan terbaru di pasaran, pencarian anda sudah berakhir!. Toshiba telah mengumumkan produk terbaru iaitu tablet 7-inch Windows 8.1 dan toshiba chromebook generasi kedua dengan harga yang berpatutan.
Tablet daripada Toshiba ini mempunya ketipisan 0.43 inch dan beratnya hanya 0.35 kg. Bukankan ia amat nipis ,ringan dan mudah disimpan di dalam beg galas, dan tas tangan. Selain daripada ia mempunyai saiz skrin 7 inch, ia juga dilengkapi resolusi skrin 1024x600 yang diperkuatkan dengan intel Atom Z3735G Quad-core prosesor 1.83 GHz, 1 GB Ram, 16 GB eMMC simpanan data, 0.3 MP kamera hadapan, 2 MP kamera belakang, mikro USB 2.0, microSD slot, 802.11 wifi, Bluetooth 4.0 dan Bing. Ia juga turut dipermudahkan dengan perisian Office 365 untuk urusan korporat. Semua ini dengan harga yang murah berbanding tablet lain dipasaran. (tidak termasuk tablet haram).
Mari kita tumpukan perhatian pada Chromebook 2 Toshiba. Ia di datangkan dengan 2 saiz iaitu 12 inch dan 13 inch. Ia menyediakan resolusi HD 1080p dengan dilengkapi IPS teknologi. Kedua-dua model ini dilengkapi Intel Celeron, 2GB atau 4GB Ram, HD webcam, port USB 3.0, port USB 2.0, SD slot dan port HDMI.
Siap sedia semua pembaca Petiktetikus untuk mendapatkan produk ini yang dijangka dipasaran pada 5 Oktober 2014
Labels:
Produk Hangat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment