Friday, July 18, 2014

MH17 Tragedi Penerbangan Ngeri Berulang


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Petiktetikus. Pada hari Khamis ,malam tadi satu lagi tragedi hitam berlaku dalam sejarah penerbangan Malaysia. Pesawat MH17 telah dilaporkan ditembak jatuh di sempadan antara Ukrain dan Rusia. Dilaporkan tiada satu pun nyawa yang terselamat daripada malapetaka ini. Terdapat 295 penumpang yang dalam perjalanan daripada Amsterdam pulang ke Malaysia. Siasatan awal mendapati ia ditembak jatuh oleh Pemberontak Pembebasan Ukrain yang dilaporkan sedang bertempur dengan tentera Ukrain ketika ini.


Petiktetikus mendapat maklumat mengatakan Presiden Ukrain merasakan pesawat MH17 telah ditembak jatuh dan bukan akibat masalah elektronik pesawat. Amat menyedihkan apabila melihat banyak cebisan mayat hancur bertebaran di kawasan tanah lapang di kawasan pesawat terhempas. Ada mayat yang masih terbakar dan ada yang masih nampak bentuk badan kelihatan. Media barat melaporkan 100 mayat telah dijumpai  di dalam lingkungan 9 batu dari tapak pesawat terhempas.


Laporan yang di dapati daripada menara kawalan lapangan terbang Ukrain mengatakan pesawat MH17 terputus hubungan pada pukul 2.15PM pada kedudukan 30 batu daripada sempadan Rusia dan Ukrain. Buat masa sekarang, Ukrain dan Rusia masing-masing menyalahkan antara satu sama lain dan menyalahkan pemberontak. Pihak Amerika yang bertindak sebagai sekutu kuat Ukrain telah menggerakkan penyiasatan berkenaan nahas MH17 dan telah menghubungi pihak Rusia untuk mendapatkan cerita sebenar. Pertelagahan antara 3 negara ini menyulitkan lagi proses mengenalpasti punca dan sudah semestinya sekali lagi Malaysia menjadi mangsa keadaan.


Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tragedi MH17 dan berjanji kepada rakyat Malaysia akan melakukan siasatan menyeluruh dan akan mendapatkan jawapan kenapa tragedi ini berlaku.

Peristiwa berdarah MH370 yang masih lagi berdarah dan belum lagi kering, terkoyak semula dengan tragedi MH17. Adakah anda tahu rekabentuk MH 17 sama dengan MH370? Ya ia sama sekali!. Adakah ini satu petanda ngeri seperti tayangan wayang "final destination" apabila tragedi digambarkan akan berlaku berulang kali?. Apa yang pasti kita sebagai umat Nabi Muhammad hendaklah sentiasa bersabar dan menerima segala ujian dan ketentuan Allah dengan hati yang redha. Apa yang boleh kita harapkan ialah kerajaan Malaysia hendaklah bertindak pantas sebelum ia menjadi satu isu yang rumit. Ini sejarah pertama pesawat Malaysia ditembak jatuh oleh pengganas. Kerajaan Malaysia, Bertindak Cepat!


Petiktetikus ingin berkongsi laporan media barat mengenai tragedi pesawat MH17 :

Rakaman awal ditempat kejadian

Rakaman video amatur  semasa pesawat MH17 terhempas


Berita barat mengenai tragedi MH17



MARILAH KITA BERDOA UNTUK MANGSA-MANGSA MH17
#PRAYFORMH17

No comments:

Post a Comment