Thursday, July 24, 2014

Solid State Drive (SSD) Terbaru Daripada Samsung...Wow!

Salam sejahtera kepada semua pembaca Petiktetikus. Hari ini ingin memperkenalkan satu produk terbaru daripada Samsung iaitu SAMSUNG 840 EVO 2.5-inch 1TB MLC SOLID STATE DRIVE. Ruang data 1TB? Wah, ia 'space' terbesar sekali dalam keluarga SSD yang selama ini hanya ada 120Gb,320Gb,500GB. Seperti anda semua tahu SSD dapat menjana pecutan data yang amat pantas berbanding hardisk biasa. Samsung 840 Evo ini memproses data sepantas 540 MB/s untuk bacaan turutan dan 520 MB/s untuk tulisan turutan. Hebat bukan?. Walaubagaimanapun oleh kerana harga SSD agak mahal berbanding hardisk biasa makan tidak ramai mampu membelinya. Harga untuk produk ini dianggarkan RM1500.


Dengan menggunakan SSD ini, ia dapat meningkatkan produktiviti penggunaan PC seharian anda untuk melayar internet, e-mail, paparan multimedia dan permainan video (game). Dengan kepantasan sedia ada, ia dapat membolehkan proses boot PC anda hanya dalam masa 15 saat. Ia turut dilengkapi dengan '5th-generation 3-Core Samsung MEX Controller' yang membantu SSD ini melakukan beban kerja yang pelbagai dengan pantas.

Samsung 840 Evo ini juga direkabentuk untuk penggunaan tenaga yang minimum. Ia dapat mengekalkan jangka hayat bateri sebanyak 30-45 minit. Ia juga mempunyai bentuk badan yang kukuh di mana ia dilengkapi sistem tahan hentak dan besi 'casing' SSD ini turut tahan habuk dan karat. Jika anda risaukan keselamatan data anda, SSD ini mempunyai sistem 'AES 256-bit full disk encryption' bagi menjamin keselamatan data dari hilang atau diceroboh.

Petiktetikus ingin kongsikan spesifikasi untuk SAMSUNG 840 EVO 2.5-inch 1TB MLC SOLID STATE DRIVE :









Video untuk SAMSUNG 840 EVO 2.5-inch 1TB MLC SOLID STATE DRIVE :



No comments:

Post a Comment