Monday, March 5, 2012

Launch of Clixster - Sep 23, 2011

CLIXSTER..SYARIKAT TELKO BARU YANG AKAN PASTI MEMBUATKAN ANDA MENYEBUT "WOW"

Sejak kita diperkenalkan dengan syarikat telekomunikasi tanpa wayar seperti "ATUR", malaysia telah di datangi dengan pelbagai syarikat telekomunikasi sepertinya selepas itu. Masih ingatkah anda kepada talian 'Adam'. Iklannya masih tetap terpalit dalam ingatan saya. Selepas itu wujudlah syarikat lain seperti Digi, Celcome, Maxis, U mobile dan Tune talk. Betapa hebatnya peluang perniagaan berasaskan talian telefon di Malaysia dan sekarang kita akan diperkenalkan dengan sebuah lagi telko baru yang pasti menarik minat anda iaitu CLIXSTER

Just for sharing with all you guys and girl....what is Clixster, see picture below ok:








Siap ada keluar TV tau, bagi sesiapa tak perasan tu ,ini nasihat saya, lain kali jangan layan sinetron ngan drama indonesia jer..hahaha sorry guys :) dibawah saya sediakan link untuk melihat sendiri majlis pelancaran Clixster di TV3:


http://www.youtube.com/watch?v=baAfp3_0-5M

Bagi sesiapa yang menganggur atau ingin mencabar diri dalam sektor pekerjaan telko, boleh la join Clixster k. Dibawah saya sediakan iklan Clixster untuk sesiapa berminat:

http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=2253077

saya tak sabar-sabar mencubanya, anda bagaimana? :)

Pendengaran SELCAT ke atas Kumpulan Semesta(KSSB) panassssss!



Sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung isu penyelewengan pasir melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan bermula pada pukul 10 pagi ini selepas ditangguhkan suatu ketika dahulu

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim berkata jawatankuasa itu juga akan mengadakan pendengaran awam terhadap dua lagi kes membabitkan Yayasan Selangor mengenai laporan audit dalaman 2010 dan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu PKPS Agro Industries Sdn Bhd dan Premium Agro Product Industries Sdn Bhd berhubung pembelian jentera.Beliau berkata keputusan untuk mengadakan pendengaran awam terhadap tiga kes berkenaan diambil selepas Selcat bermesyuarat pada 16 Feb lepas.

Ketika ditanya sama ada keputusan untuk menyambung pendengaran awam ke atas KSSB dibuat selepas isu itu dibangkitkan oleh Raja Petra Kamaruddin, Teng berkata pihaknya tidak bergantung kepada artikel yang ditulis oleh penulis blog sebaliknya bergantung kepada perkembangan semasa yang memerlukan Selcat menyelesaikan pendengaran ke atas KSSB."Kita buat pendengaran ini kerana ada ahli lembaga KSSB sendiri telah buat kenyataan menafikan ada penyelewengan melibatkan beliau, jadi kami rasakan ini membabitkan pentadbiran KSSB kerana ahli lembaga syarikat itu telah buat kenyataan terbuka yang berkaitan dengan pendengaran Selcat yang belum habis," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Mengulas mengenai pendengaran awam ke atas KSSB yang tidak diteruskan sebelum ini, Teng berkata maklumat yang dibekalkan oleh anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam mengenai isu penyelewengan pasir di Selangor pada dua tahun lepas memerlukan siasatan jenayah dan bukan penjelasan daripada KSSB.
Justeru beliau berkata Selcat tidak dapat meneruskan pendengaran awam ke atas maklumat yang diberikan oleh Manikavasagam.

Mengenai pendengaran awam ke atas Yayasan Selangor, Teng berkata ia diadakan selepas Selcat memperoleh laporan daripada audit dalaman berhubung pelantikan pengurus besar yayasan itu dan beberapa perkara mengenai pentadbiran oleh pengurus besar berkenaan.



 

 











UNTUK MENYAKSIKAN SECARA ONLINE BOLEH PERGI KE LINK INI:




Fabulous Result, Tottenham Hotspur 1-3 Manchester United


A Wayne Rooney header and two fine strikes from Ashley Young earned Manchester United a clinical win at Tottenham.Rooney nodded in from a corner by Young to break the deadlock right at the end of a first half that Tottenham had been largely in control of.Tottenham continued to dominate possession after the break but Young made it 2-0 when he volleyed in a high ball after a good run by Nani and then placed a long-range effort past Brad Friedel.Spurs substitute Jermain Defoe pulled one back with a right-foot shot but it was too late in the match to threaten the outcome.
Even though i not MU fan, i really like a good game and this game is one of it. below i give to you some scene from yesterday game. enjoy













Wednesday, February 22, 2012

Keberangkatan Pegawai BTM yang dihormati dan diingati

Penulis ingin mengucapkan selamat tinggal kepada 2 orang pegawai BTM yang akan meninggalkan kami. pada hari khamis ini dan satu majlis akan diadakan pada ketika itu .Nama pegawai yang penulis maksudkan ini ialah si cantik manis ,Puan Adelin Bt. Abdul Latib yang memegang potfolio Kualiti dan si kacak bergaya, En. Solihin Bin Tasman yang memegang potfolio Keselamatan dan Rangkaian. Pengalaman penulis bersama pegawai ini penuh dengan warna warni yang kelam dan terang. pengalaman yang terlampau banyak sehinggakan penulis tidak mampu menterjemahkan dengan kata-kata.(berbungalak yer )Penulis mendoakan mereka berjaya ditempat baru dan sekiranya penulis ingin meminta nasihat dan bantuan harap dihulurkan .insyaalah...akhir kata i love u guys bye :)











Pilihanraya 2012 Dah Macam main Konda-Kondi !

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan dan rakyat jelata. wah! wah! sekarang ni hangat benar diperkatakan bila agaknya pilihanraya kali ke -13 nih. Pelbagai tarikh dan hari di berikan dan diperkatakan di semua tempat tidak kira kedai kopi( Starbuk, UldTawn dan sebagainya), majlis kenduri kendara,balai raya dan tidak ketinggalan di masjid,kuil dan tokong bagai. Mengapa pilihanraya kali ini begitu penting bagi kedua-dua belah pihak dan apakah natijahnya terhadap kita sebagai pengundi. perluke?ada beza ke? tak yah la?,..ayat sedemikian selalu diperkatakan oleh semua kelompok tidak kira tua muda atau bumi atau tidak. Saya ingin kupaskan mengikut pandangan peribadi saya.


Sebelum saya memulakan nukilan ini, ingin saya tekankan saya tidak meyebelahi mana-mana parti dan saya hanya melihat kepada perspektif keberjayaan dan ketanggungjawaban sesebuah parti itu sahaja. Bismillahhirrahman nirrahim<..>.Tidak perlu lah saya perkatakan bahawa Angkatan Barisan Nasional telah mengalami penyusutan sokongan rakyat terhadap mereka. kehilangan tampuk mahkota kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Selangor telah meruntuhkan tembok"China" Barisan nasional yang seakan-akan tidak percaya akan kejadian ini. bagi parti perikatan pula , rempuhan kuat yang telah dilakukan oleh mereka umpama runtuhnya tembok "Berlin" dimana kebebasan dan pilihan rakyat sendiri telah memberikan mereka mandat untuk memerintah negeri mereka ini. Atau realitinya bukan seindah begitu? .

Setelah pilihanraya ke-12 selesai, Barisan nasional telah mula menjalankan jentera pilihanraya mereka sejak dari awal lagi bagi memperbaiki kelemahan mereka sebelum ini. Istilah "Sudah jatuh baru tergadah" mula dikikis sedikit demi sedikit di dalam parti Barisan supaya sejarah lama tidak lagi berulang. Mereka menjalan  taktik "Perluasan Kuasa" dengan menjaga kebajikan rakyat, perubahan dasar ekonomi dan pemberian insentif yang dapat menarik perhatian rakyat di malaysia ini. Saya tidak mengatakan janji yang ditaburkan di laksanakan, tetapi daripada persentej yang dapat dilihat sekarang lebih kurang 45% sudah mula dijalankan  dengan pemberian BR1M, MK1M dan Skim Rumah Pertama dilihat memberi sedikit  impak dalam pemerhatian rakyat. Satu langkah proaktif dan boleh saya katakan disini bijak bagi pihak Barisan untuk memenangi hati rakyat Malaysia. Permainan catur yang menarik!

Walaupun begitu , kita tidak boleh memandang enteng keterlibatan Pakatan Rakyat dalam membuat perubahan di dalam negeri dibawah tampuk pemerintaha mereka. Adakah Mereka mentadbir dengan baik? secara jujurnya saya nampak penambahbaikan yang dilakukan. Perubahan dari segi Pemberian Tender, pengurusan kewangan, permasalahan rakyat boleh dikatakan berjaya walaupun tidak menyeluruh. Sesuai saya katakan" not everyone is perfect" tetapi usaha yang dilakukan boleh dibanggakan. Pelabagai usaha dengan wujudnya skim Perumahan Terbengkalai, Sumbangan bantuan pelajaran dan skim pinjaman perniagaan , pengagihan sumber galian , sedikit sebanyak membenarkan rakyat dibawah terajunya merasai sedikit perubahan . Ops! terlupa pula saya pada pemberian 20m3 percuma kepada rakyat di selangor(boleh rupanya dilakukan,tak sangka Barisan  tak terpikir perkara ini). So kadangkala perubahan itu perlu dalam meningkatkan taraf kebajikan rakyat yang dahagakannya sejak sekian lama. Apakah langkah catur seterusnya oleh pihak Perikatan? saya masih tunggu dan lihat.

Mesti para pembaca menunggu saya menceritakan keburukan Barisan atau Perikatan. Lupakan saja niat itu. Bagi saya sebagai penulis, saya merasakan tidak ada perkara atau tindakan yang diambil oleh kedua-dua parti ini tidak menampakkan "Lopak Kotor" yang dalam. Permainan politik yang telah berlaku di Malaysia sejak mencapai kemerdekaan dahulu telah mewarnakan kanves politik sekarang. Rumusannya Politik tidah sesuci susu dan tidak sekotor kutu. Think about it ya!


 Bilakah tarikh Pilihanaya sebenarnya? adakah tahun ini atau tahun depan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Kerajaan sekarang masih mempunyai masa yang panjang untuk memerintah Malaysia tercinta iaitu tahun 2013. mereka masih boleh memantau perubahan politik dan ekonomi semasa tampa perlu tergesa-gesa.  Tapi saya dapat rasakan pilihanraya semakin hampir kerana melihatkan situasi sekarang yang dapat dilihat dengan nyata. Pelbagai isu mula diutarakan dengan drastik oleh kedua-dua parti. antaranya isu pemberian air percuma, gambar lucah, sokongan terbuka kepada Israel oleh pihak Perikatan manakala pada pihak Barisan pula Isu PKFZ, Isu FLOAM dan Isu Pecah amanah  sedang hebat diperkatakan umpama ribut taufan tanpa penghujung. Saban hari berita ini dipaparkan di media cetak dan kadangkala memualkan usus besar saya. Inilah mainan politik yang tidak pernah bertukar sejak dari dulu hingga sekarang. Tetapi ingin saya tekankan disini, sekiranya Perdana Menteri kita mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal. adakah pihak Perikatan akan akur sahaja. Berkemungkinan TIDAK! sesekali kerana masih banyak masa diberikan dan rakyat telah memberikan mereka peluang memerintah selama sepenggal, adakah mereka ingin melepaskan peluang ini begitu sahaja? fikirlah sendiri ok.

Selain daripada itu, jentera pilihan raya sudah mula bergerak dari tahun lepas dengan mengadakan pemilihan dan kursus kepada bakal-bakal pengawas pilihan raya kelak. Kalau tak percaya cuba anda tanya cikgu-cikgu di sekolah terdekat anda. Adakah mereka telah melalui proses tersebut. Saya jamin Jawapan "Ya" pasti kedengaran. Sudahkah anda mendaftar diri anda untuk mengundi? daftarla sekarang kerana tanpa anda mungkin kerajaan boleh berubah dan tanpa anda mungkin kerajaan boleh musnah. Ambillah iktibar daripada Negara-negara terdahulu yang musnah akibat rakyat sudah menyampah dan hilang kepercayaan kepada pemerintahnya. Akhir kata dari saya................Selamat mengundi :)