Friday, April 25, 2014

Alemy Maggi Ketam..Yum! Yum!..OH Yeah!


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca Petiktetikus. Pada malam ini saya ingin kongsikan pengalaman saya menjamu "nafsu" makan saya di Kelantan semasa saya dan rombongan SUK  melawat ke sana pada bulan lepas. Masakan maggi ketamnya memang sesedap seperti yang diperkatakan dan sudah menjadi "trademark" kedainya. Saya sempat ke sana untuk merasai sendiri kesedapan maggi ketamnya dan memang tidak mengecewakan.


Sememangnya perjalanan ke kedai Alemy sangat jauh dan mengambil masa beberapa jam kesana. Di sepanjang jalan ke sana rata-rata kedai sudah melabuhkan tirai perniagaan masing-masing  dan banyak kelihatan rumah kampung. Suasana aman dan damai dapat dirasai.  Setelah tiba di kedainya, saya dan rombongan ditempatkan di dalam bilik makan khas dan kami menunggu dengan sabar hidangan maggi ketam yang heboh diperkatakan di media sosial.



Semasa menunggu masakan tiba, saya menerokai kedai Alemy. Suasana dan hiasan kedai yang sederhana, gambar-gambar pelanggan yang pernah melawat untuk menjamu selera digantung di dinding dengan kemas. Ruang makan yang selesa dan tunggu sebentar?....apa tu?....ketam hidup diletakkan dipenjuru kedai. Sememangnya inilah buktinya kedai Alemy menggunakan ketam hidup untuk mengekalkan "kesegarannya". Saya merasa teruja melihat ketam-ketam ini "berdansa" di petak kolam dan membayangkan hidangan makanan yang bakal tiba.
















Panas! harum! dan mengiurkan, itulah 3 rangkai ayat yang dapat saya gambarkan betapa Alemy maggi ketam "berhantu". Rasa kuah supnya yang panas ini sahaja sudah membuatkan liang bulu roma anda terangkat. Ketam yang dimasak memang terasa ke"fresh"annya. Daging dimasak lembut di segala pelusuk sendi ketam. Hidangan ini juga di"kahwinkan" dengan telur dan sayur-sayuran yang menjadi pelengkap kepada hidangan ini. 

Saya sempat berjumpa dengan pemilik kedai dan "mengganggu" beliau memasak sebentar untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Saya sempat berborak dengannya. Beliau membuka kedai makan ini setelah mendapat sokongan daripada pemancing-pemancing ikan yang sudah menjadi pelanggan utamanya. Beliau telah menyewa sebuah kedai kepunyaan Majlis Daerah Pasir Puteh agar mudah dilawati. Pelbagai individu terkenal sudah merasai kesedapan meggi ketamnya tidak kira penyanyi, pelawak, penceramah, ahli politik dan pelbagai lagi. Beliau juga sempat memesan kepada saya untuk menghebahkan kepada individu yang ingin melawat kedainya untuk membuat dahulu tempahan secara menelefon atau membuat tempahan on-line.

Saya akhiri nukilan saya dengan ucapan "Alemy Maggi Ketam, Walaupun Jauh ,Kesedapan Mendekatkan Kita!"




P/S : Kepada pemilik kedai yang ingin mempromosikan kedai makannya di blog saya, boleh email kepada saya atau menelefon saya di 0126899744 atau 019-2012711. Kita boleh berbincang bersama.

No comments:

Post a Comment