Wednesday, April 23, 2014

Perginya David Moyes..Hipokrasi?


Siapa yang tidak mengenali jurulatih yang bernama David Moyes. Jurulatih sebuah kelab yang ke-3 terkaya dalam senarai kelab bola sepak dunia dan telah diiktiraf sebagai salah sebuah kelab paling bernilai pada tahun 2013 kira-kira 3.165 Billion USD, tidak lain dan tidak bukan Manchaster United FC (MU). Pada 22 April 2014, ahli lembaga kelab yang merasakan kelab MU telah memasuki ambang era kejatuhan  seperti zaman kegemilangan kesultanan Melaka ini telah mengambil keputusan drastik dengan memecat David Moyes kerana "dituduh" atau "dikambing hitamkan" atas prestasi dingin kelab pada musim 2014 ini. Salam pembuka kata baru ni !


Adakah ia satu langkah yang bijak untuk memecat David Moyes?. Apapun mari kita melihat dahulu prestasi David Moyes semasa mengendali MU. Dalam tempoh 10 bulan, MU telah memperolehi 51jaringan gol, 27 kemenangan, seri 9 dan tewas 15 bukanlah satu keputusan yang teruk. Ini kerana suatu masa ketika dahulu MU dibawah kelolaan Sir Alex Furgeson mengalami detik hitam yang teruk semasa beliau mula-mula menjadi jurulatih MU. Pasukan gergasi ini pernah berada di tangga-11 selama 2 musim. 2 musim !. MU yang kita semua kenal sekarang merupakan MU yang telah mengalami pelbagai kekalahan dan telah mengalami perubahan yang mengambil masa yang lama oleh Sir Alex Furgeson. Maka tidak hairanlah sekiranya sesebuah pasukan yang telah mengubah jurulatih perlulah menggunakan "acuan" baru yang juga memerlukan sedikit masa untuk diuli, dikepal, dicarik dan dibakar untuk menghasilkan sesuatu yang indah. Sikap terburu-buru ahli lembaga pengarah kelab MU ini tanpa mengambil kira sejarah lampau amat mendukacitakan dan memalukan.

Para penyokong MU juga tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada permasalahan ini. Ada yang bersetuju dengan tindakan  ini atas rasa cintakan kelab yang semakin mengalami kekalahan demi kekalahan. Meraka amat merindukan sorakan yang menggegar stadium keramat dan mengimpikan legasi MU sentiasa kekal gemilang. Walaubagaimanapun, ada juga penyokong MU yang merasakan peluang patut diberikan lagi kepada David Moyes untuk menjadi jurulatih dan mecari tonik ajaib untuk membawa kembali MU ke jalan yang lurus ! ops silap, ke landasan kemenangan yang sepatutnya.


Perlu diingat David Moyes bukan calang-calang jurulatih. Beliau telah diberikan penghargaan sebagai Jurulatih Sepanjang Tahun pada 2003, 2005 dan 2009 oleh Persatuan Kejurulatihan Liga FA. Beliau telah menghasilkan pemain berbakat seperti Wyane Rooney. Beliau juga telah membawa kelab Everton untuk layak ke UEFA pada tahun 2005 dan berjaya layak ke final piala FA pada 2009. Prestasi beliau ini telah mendapat pujian daripada Sir Alex Furgason, Arsene Wenger dan Kenny Dalglish. Hebat bukan?

Pada pendapat saya kekalahan MU disebabkan  kerana :

  1. Semua pasukan menampilkan permainan yang menarik dan taktik yang seimbang pada liga tahun ini.
  2. Pemain yang mengalami kecederaan dan kekurangan pemaian gantian yang berkualiti
  3. Tindakan CEO kelab yang mengganggu tugas David Moyes
  4. Pemain yang diturunkan tidak memberikan komitmen dan prestasi yang diharapkan
  5. Keletihan kerana jadual sukan bola sepak yang padat
Apapun saya mengucapkan tahniah kepada David Moyes kerana telah mencuba sedaya upaya untuk membentuk pasukan MU yang terbaik walaupun tetap mengalami kekalahan. Ini lah asam garam dunia bola sepak. Semoga kelab akan datang yang akan menggaji anda tidak kira liga eropah,liga sepanyol, liga arab mahupun liga afrika dapat melihat dan menggunakan kebolehan anda ke tahap yang lebih tinggi. "Good Luck David Moyes From Petiktetikus!"



No comments:

Post a Comment