Tuesday, April 15, 2014

Windows 8 ke Windows 8.1, Ada Beza ke?



Apakah sistem pengoperasian yang anda gunakan sekarang?. Adakah anda masih menggunakan Windows XP?. Sudah pastinya anda tahu Windows sudah tidak menyediakan update untuk windows Xp yang akan saya coretkan di dalam post yang akan datang. Jika bukan windows Xp, sudah semestinya anda menggunakan windows 7. Salah satu sistem pengoperasian yang sudah stabil setelah mengalami kegagalan yang memalukan pada sistem pengoperasian Vista. Tidak lama kemudian, tanpa kita merasai kepuasan menggunakan windows 7, windows 8 telah diperkenalkan. Satu sistem pengoperasian yang dikeluarkan untuk pasaran tablet paparan sesentuh. Langkah yang bijak atau berisiko, petiktetikus menyerahkan pada anda menentukannya.

Windows 8 turut mengalami "penyakit" yang sama seperti windows Vista. Sistem pengoperasian yang terlalu terburu-buru direkabentuk, tidak mempunyai rasa selesa semasa menggunakannya, arahan dan fungsi yang mengelirukan (ada antara antara pengguna tidak tahu hendak shut down windows 8!) dan yang paling menyedihkan apabila ia membandingkan dirinya lebih hebat dan sempurna berbanding Android dan Apple. Petiktetikus tidak tahu hendak ketawa atau meraung.



Untuk memperbaiki kelemahan pada windows 8, windows telah melancarkan satu versi penambahbaikan iaitu windows 8.1 pada May 2014. Ia telah dilancarkan pada rakan perkakasan OEM pada 27 Ogos 2013 dan dilancarkan secara percuma kepada pengguna-pengguna windows lain  daripada Windows Store pada 17 oktober 2013. Lesen diberikan kepada versi RTM. Ia telah memperbaiki fungsi 'customization' di paparan awal skrin windows 8. Ia turut menyediakan kemudahan untuk membuka 4 aplikasi serentak di satu halaman windows. Boot terus ke desktop tanpa perlu ke "start screen". Penambahbaikan pada windows 8 stock app dan web browser Bing lebih pantas dan menarik semasa anda melayari internet. Windows juga telah memasukkan fungsi "3D printing","Miracast media streaming" ,"NFC printing" dan "Wifi-Direct"

Paling melucukan pada petiktetikus apabila windows melancarkan windows 8.1 sebagai "update" dan bukan sebagai "service pack". Adakah ia strategi untuk menutup kelemahan dan kesilapan windows?. Apapun diharapkan ia dapat memuaskan hati 60%  pengguna windows di dunia ini.


Video Mengenai Penerangan Windows 8.1


No comments:

Post a Comment