Sunday, July 25, 2010

Belajar sambil Bekerja...Adakah Masih Relevan?

Perubahan politik dan ekonomi seakan-akan berjalan sejajar dengan kehidupan seharian kita di era serba  moden ini. Globalisali dunia yang semakin tidak stabil dimana yang kaya semakin bertambah tetapi yang miskin turut bercambah dengan banyaknya seperti sebatang pokok yang di selaputi oleh pokok duit-duit. Tau tak pokok apa tu? kalau tak yau leh pergi tanam diri sendiri ok. Ilmu adalah segala-galanya sekarang. Dengan ilmu anda dapat memperbaiki diri,dengan ilmu anda memperoleh pekerjaan yang baik dan dengan ilmu jugak anda akan dihormati oleh orang sekeliling.Mengapa belajar sambil bekerja masih relevan? mari saya kupaskan seperti mengupas buah limau barli..

Kebanyakan individu bekerja yang ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi mempunya 2 sebab.

  1. Ingin memohon pekerjaan yang lebih baik ataupun memohon untuk kenaikan pangkat.
  2. Sekiranya individu itu telah dinaikkan pangkat, ia mahu kelulusan yang ada padanya setara dengan pangkat tersebut.
Pertama tadi saya katakan mereka ingin meminta kenaikan pangkat atau memohon pekerjaan yang lebih baik.. Ini adalah benar sama sekali. Adakah saudara dan saudari berpuas hati dengan pekerjaan masing-masing. Adakah anda merasakan gaji yang anda terima setimpal dengan kerja yang anda lakukan ataupun adakah anda hendak bekerja di bawah telunjuk orang untuk selama-lamanya. Tak nak bukan?. Yep! inilah sebab utama mereka ini belajar. Selain dapat menambahkan pengetahuan, mereka juga akan didedahkan dengan kemahiran yang akan digunapakai untuk menguatkan "resume" mereka. Point kedua  ialah individu ini inginkan pangkat mereka setara dengan kelulusan . Kebanyakan mereka ini ialah penjawat swasta. Mereka diberi kenaikan pangkat disebabkan prestasi dan usaha yang memberangsangkan. Individu ini merasakan diri mereka masih tidak cukup sempurna kerana tiada kelulusan yang setaraf dengan jawatan itu, Ops! saya tidak bermaksud mereka merasakan mereka tidak layak dengan jawatan yang diberikan, cuma alangkah baiknya dan manisnya jika mereka turut ada diploma atau ijazah agar mereka tidak diperlekehkan oleh orang lain. Maklumla kita sekarang hidup di dalam dunia 'Orang makan Orang'.Moden Kanibalisme!!

Oleh yang demikian saya menyeru rakan -rakan sekalian sekira mempunyai masa terluang bolehlah menuntut ilmu di Universiti atau Kolej di malaysia yang menawarkan kursus luar kampus. Sedangkan artis-artis pun dah mula melanjutkan pelajaran seperti yang tertera di akhbar dan tabloid dipasaran, anda bila lagi?...JOM

4 comments:

  1. en.amir tlg doakan sy dpt smbg stdy ngan jayanya..hehe

    ReplyDelete
  2. saya akan sentiasa doakan rakan-rakan berjaya dalam pembelajaran mereka.....GOOD LUCK

    ReplyDelete
  3. tq en.amir *__*

    salam perkenalan dari saya...

    ReplyDelete
  4. so mcm mana? dah berjaya apply sambung belajar?

    ReplyDelete