Aku ke yang salah atau memang nasibku memang malang senantiasa. Adakah dugaan dan kesusahan yang ku terima adalah akibat perbuatan jahatku atau kelakuanku yang pernah menyakiti insan lain membuatkan aku berasa inilah kesan musibah ayng harus ku terima sepanjang masa. Kadang-kadang aku sudah berputus asa dengan kehidupan ini dan aku inginkan kebebasan...kebebasan mutlak!. Ah, dibagi betis nak peha. Apakah aku masih tidak merasa bersyukur terhadap nikmat pemberianNYA terhadapku? persoalan ini sering ku utarakan terhadap diriku. Kekurangan pada diriku semakin membesar. Aku sudah semakin merasakan hidupku tiada makna dan aku masih terkial-kial mencari sinar ketenangan yang masih belum muncul-muncul lagi. Peradaban manusia telah melangkaui pelbagai proses evolusi dan trasformasi yang membentuk ketamadunan dan kewarasan akal fikiran. Nilai-nilai kehidupan sering diterapkan sepanjang abad berlalu maka timbullah ketamadunan Rom, Ketamadunan Parsi, Ketamadunan Utmaniah ,Ketamadunan Barat dan Ketamadunan Timur ...tetapi ia masih tidak dapat melenyapkan kebenaran dimana ia tidak akan kekal lama dan akan hancur ditelan zaman. Begitu jugalah perasaanku yang mengalami nasib yang sama seperti tamdun-tamadun ini. Lenyap bak Pasir ditiup angin,Hilang dari pandangan..... Dimanakah perlu ku cari sinar ketenangan......ku korek pasir tidak kujumpa, ku daki gunung tidak ku temu dan ku selam laut masih hilang dari pandangan.........aku memerlukan insan ini.....insan berlawanan...insan kelainan...insan perbedaan...wanita impian.
Tu la... kan dah kena. Len kali buat lagi. Jumpa semua orang yang ko sakiti minta maaf dengan diorang. Diorang tak maafkan takpe. Kiranya ko dah buat. Lepas tu berusaha bersihkan jiwa raga ko terhadap Allah. Kalau kita baik dengan Allah. Senang aje Allah nak selesaikan masalah ko. Aku pun ada masalah yang sama. Sampai sekarang tak selesai sebab tak sungguh-sungguh. Lagi nak minta extra. Hai susahle.
ReplyDeleteJangan nak bandingkan kenapa orang lain dapat apa dia nak senang aje walaupun tak payah minta dengan Allah. Ingat, rahmat Allah meliputi seluruh alam!
Nak kata bab putus asa. Ko ngan aku pun selalu putus asa. Tapi bersyukur la yang kita tak terus jadi gila. Allah masih sayangkan kita. Dia nak kita ni berubah. Jangan nak banding dengan orang lain dapat apa yang dia nak. Kita tak tahu bahawa ada ujian lain yang lagi besar kepada diorang. Itupun kalau diorang beringat. Tau-tau tak sempat taubat, tak dapat hidayah Allah. Nak macam tu ke???
Bro aku faham perasaan ko. Sebab masalah ko ngan aku hampir sama. Nak mencari perempuan yang terbaik untuk dijadikan pasangan. Cari tetap cari. Tawakkal kepada Allah. Yakin dengan kuasa Allah.
Satu pesanan. Ada hadis sahih mengenai perkara ini. Rasullullah S.A.W. pernah berpesan bersabarlah dengan melakukan Solat.
Peringatan untuk aku jua. Nanti sambung.
sesungguhnya aku benar-benar insaf dan cuba memperbaiki diri...ko pun kena gak berubah...terima kasih imam masjid kampung badak berendam heheh
ReplyDelete