Friday, July 23, 2010

PIKOM PC FAIR dah tiba !!!


Pesta IT bermula lagi, seperti yang anda sedia maklum, "PC FAIR" yang setiap kali diadakan saban tahun telah menjadi agenda wajib di dalm kelender tahunan di MAlaysia. Disini pelbagai barangan elektronik dan IT dijual dengan pelbagai pilihan daripada model yang paling popular sehingga modal yang baru diperkenalkan. Pesta seperti ini adalah salah satu acara kesukaan saya dimana saya akan mengambil masa pada hari minggu untuk menyertai pesta ini. Di sini anda dapat melihat kemeriahan setiap 'booth' dengan pragawati yang comel-comel sedang mempromosikan barangan syarikat yang mereka wakili. Janganlah anda mempertikaikannya. Betulkan,tanpa kehadiran pragawati-pragawati ini, sudah semestinya akan mennyuramkan suasana pesta ini. Setiap tahun saya dapat melihat pertambahan pelawat yang datang ke PC FAIR ini. Maka tidak hairanlah sekiranya tempat acara ini telah dipindahkan daripada PWTC(Putra World Trade Center) ke KLCC (Kuala Lumpur City Center). Walaubagaimanapun bagi saya, kesesakanj tetap berlaku dan tempat ini masih dirasakan kecil. Kehadiran pelbagai nama besar dalam bidang IT dan Elektronik seperti ......................................................................................................................
ASUS,ALTECH LENCING,TOSHIBA,FUJITSU,CANON,SONY,ACER,HP,SONIC GEAR,3COM,LEVEL 1,AZTECH dan pelbagai syarikat lain menjadikan ia mennjadi wadah untuk pencari barangan IT mencari barangan yang diingini dengan mudah. Pelbagai promosi yang unik diadakan seperti cabutan bertuah,kuiz dan hadiah percuma disediakan disini. Oleh yang demikian disi saya ingin mengingatkan kepada saudara dan saudari sekiranya melawat pesta ini:


  1. Rancang barangan apa yang hendak dibeli, ini dapat memastikan anda tidak lari dari budget yang dirancang.
  2. Sekiranya datang bersama anak-anak,pastikan mereka sentiasa disisi kerana dengan kebanjiran pelawat disana,kemungkinan kehilangan anak adalah amat tinggi.
  3. Jangan sesekali parking sesuka hati dan meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan
  4. Pastikan barangan yang anda beli mempunyai resit dan anda tahu dimana kedainya sekiranya berlaku kerosakan
  5. PASTIKAN BARANGAN ADALAH 'ORI'. jangan biarkan diri anda tertipu dangan membeli Komputer,Laptop dan Handphone yang clone dan "china mari". walaupun bentuk fizikal seakan sama ,tetapi fungsi dalaman macam hampeh!
Oleh yang demikian saya mempersilakan saudara dan saudari datang ke PC FAIR sekiranya anda ingin merasai kehangatan dan keseronokan membeli belah dan menimba pengalaman  yang hanya boleh dijumpai di sini sahaja.

Disini saya sediakan link untuk anda mengetahui bila dan di mana acara ini akan berlangsung:

http://pikom.org.my/cms/General.asp?whichfile=PC+Fair+InfoCentre&ProductID=22461&CatID=12
BYE!!!

No comments:

Post a Comment