Pada hari khamis yang lepas, satu kejadian menggerikan dan menyedihkan telah berlaku pada keluarga penulis. Kejadian pelik yang mana ia melibatkan jasmani dan rohani malahan melibatkan juga alam nyata dan ghaib. MASYAALLAH!....tentu anda tertanya-tanya apa yang telah terjadi kepada diri penulis..kan? Oh kalian salah sangka,bukan kepada penulis,tetapi kepada ibu yang tercinta. Ibu penulis telah dirasuk oleh anasir jahat!!!!!!!. penulis berasa amat terkejut dan luluh hati melihat keadaan ibu tersiksa sedemikian rupa. Adalah moleh sekiranya penulis menceritakan kejadian dari awalnya.
Kejadian berlaku pada hari khamis yang lalu, sewaktu penulis ,adik kedua dan ayah telah pergi ke tempat kerja, ibu dan adik perempuan penulis masih berada dirumah. mengikut cerita adik perempuan penulis yang taruma mengenai kejadian ini mengatakan setelah ibu selesai menggosok baju, ibu telah mengadu kesakitan di kepala!. adik melihat ibu terus berbaring didalam bilik beliau dan terus tertidur. melihat ibu telah tidur,adik tidak mengganggu dan dia tidak ke sekolah hari itu. Kira-kira pukul 10 pagi adikku cuba mengejutkan ibu untuk bersarapan, ibu terus mengatakan"nantilah,bang makan dulu!".Aik! terkejut adikku melihat ibu berkata begitu. mengapa adik dipanggil "bang" oleh ibu. Adik kehairanan. Dia membiarkan ibu tidur semula. Dalam pukul 2 petang, adik cuba sekali lagi mengejutkan ibu dan sekali lagi ibu berkata" nantilah bang,nanti aku buat la!" tetapi kali ini dengan nada yang marah. adik mula berpeluh dan merasa takut melihat ibu sedemikian. dia terus masuk ke bilik dan mengunci pintu. Semasa ini penulis,adik kedua dan bapa masih di pejabat tanpa mengetahui apa yang terjadi pada diri ibu. Adik mengambil masa yang agak lama untuk memberitahu kejadian ini kepada kami. dalam pukul 5 baru adikku menalipon ayah dan adik kedua ku. Berkejaran mereka pulang kerumah. Untuk pengetahuan saudara,penulis masih tidak diberitahu oleh adik. Penulis cuma tahu semasa jam telah menunjukkan pukul 7.30pm semasa penulis tengah berhenti untuk mengisi minyak dalam perjalanan pulang. apabila mendengar cerita daripada adik, penulis terus memecut laju pulang kerumah.Tak menghiraukan lampu merah,hijau atau kuning kerana dalam fikiran penulis ibu dalam keadaan tenat dan sedikit perasaan marah kepada adik kerana lewat memberitahu kejadian ini. Semasa penulis tiba di rumah,keluarga sebelah ibu telah berada di perkarangan rumah,wajah nenek dan atuk sungul kelihatan, wajah ayah penuh kerisauan dan adik-adik penulis telah mula menangis tanpa henti. Ketika ini ibuku berada di tingkat 2 rumah. Penulis meluru naik dan terpandang ibuku baring memeluk tubuh seperti bayi sambil di kelilingi makcik dan seorang rakan wanita ayahku. Doa dibaca,mentera dilafaz semata-mata untuk memulihkan keadaan ibu yang amat menyedihkan. Ibuku mula meronta-ronta, disepaknya wanita yang tengah menngubatinya.terkejut melihat kejadian itu, penulis meluru kearah ibu dan cuba menenangkannya.BUSH!! penulis juga turut di sepak. Luluh hatiku apabila bertanyakan kepada ibu adakah dia mengenaliku?dia tidak mengenaliku walhal adik dan bapaku juga.
Penulis terus mandi membersihkan diri,kemudian penulis mendirikan solat dan mula berdoa agar ibuku diselamatkan dari makhluk durjana laknat. Kemudian penulis nauk semula ke tingkat dua dan melihat ibuku sudah tiada di atas lantai tetapi telah berada di dalam bilik air ditemani sedaraku. "jangan kacau aku bang!biarla aku kat sini bang!" dia menjerit-jerit. Perasaanku bercampur antara takut dan marah, takut melihat keadaan ibuku dan marah kepada makhluk halus yang menyakiti ibuku. Penulis terus memeluk ibu dan memapah dia keluar daripada "rumah syaitan" dan membaringkan dia diatas lantai. Penulis memegang kedua pergelangan tangan ibu dan meletakkan telapak tangan di muka ibu sambil membaca ayat qursi,3 kul dan bertasbih serentak!!. alhamdulillah ibu tidak lagi meronta-ronta dan kembali tenang. Titisan air mataku kembali mengalir lebat umpama air hujan. Aku, adikku, sepupuku, sedaraku mula membaca bacaan ayat suci al-quran sehingga pukul3 pagi. Setelah itu, sedara maraku mula beredar dan mengucapkan takziah dan menasihatkan kami bersabar dengan dugaan ini. aku menemani ibuku semalaman berdua,di dalam bilik. Aku bacakan ayat suci dan bertasbih semahu-mahunya dan berdoa kesakitan ibuku reda.
Esoknya,pada hari jumaat, penulis bersama keluarga memapah ibuku turun dari tingkat 2 ke ruang tamu rumah. Ibuku masih meraung-raung kesakitan "sakitla,sakitla,biarla aku mati!" menyirap darah penulis mendengar ayat yang terpacul dari mulut ibuku. Setelah membaringkan ibu di ruang tamu, sedara nenekku mula datang untuk mengubat ibu. Bacaan dan lafaz doa dibacakan untuk mengunci dan menghalau makhluk dari tubuh ibuku. lebih kurang pukul 10.30 ibuku sudah mula boleh minum dan mengunyah sedikit makanan. Alhamdulillah!. Kemudian sebelum mereka beredar mereka memesan untuk memandikan ibu dengan air limau dan meminta ibu merehatkan tubuhnya. Kenuadian setelah waktu solat Jumaat, rakan ibuku datang seorang demi seorang. Ibuku yang dalam keadaan lemah sudah boleh duduk dan berborak dengan mereka. Pada masa ini aku percaya bahawa kehadiran rakan-rakannya adalah salah satu cara semangat tubuh ibuku semakin kuat dan bertenaga. Untuk hari seterusnya, ibuku didatangi seorang ustazah yang akan memandikan dan mengurut tubuh ibu.
walaupun ibuku sudah mula bercakap dan tersenyum, penulis masih merasa ia belum betul-betul sihat sepenuhnya. Ku masih berusaha dengan memastikan bacaan al-quran tidak putus dibacakan setiap malam, mangazankan rumah dan membaca ayat qursi di setiap penjuru rumah atas ku "menyucikan" rumahku. Ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan ibuku terutama rakan pejabatku yang membuat bacaan yassin untuk keluargaku.Semoga kejadian hitam ini dapat dielakkan daripada keluargaku .AMIN
No comments:
Post a Comment