Thursday, July 29, 2010

Rock Climbing...New For Me....Very Fantastic To See

Assalamualaikum pembuka bicara dan salam perkenalan bagi insan-insan yang baru berkenalan. Pada tarikh 1 Januari 2009, satu artikel di surat khabar   THE STAR ada menulis mengenai satu taman yang julung kali direka bentuk untuk sukan-sukan lasak akan dibina di dalam kawasan Shah Alam. Ini merupakan satu pekembangan yang baik untuk negeri Selangor dimana penyediaan kemudahan seperti ini dapat 'memanaskan' individu-individu yang dahagakan sukan seperti 'rock climbing','scateboard','bycyle' dan tidak di lupakan 'futsal'. Setelah melihat kawasan yang dimaksudkan dengan mata kepala sendiri, ia benar-benar menakjubkan dan tidak salah jikalau saya mengatakan ia turut mempersonakan bagi pengunjung yang datang ke sini. Dengan keluasan 5.2 hektar persegi di seksyen 13 Shah Alam,  berkedudukan longitude 3.08676 dan latitude 101.54311, ia memakan belanja sebanyak RM 5 juta dan MBSA telah menyediakan dana tambahan sebanyak RM 100.000 untuk persiapan penyelenggaraan yang  menawarkan aktiviti lasak yang pasti membuatkan anda datang dan datang dan datang sentiasa. Terdapat pelbagai kemudahan di sediakan disini, termasukla kiosk untuk penyewaan kelengkapan,kawasan riadah,tempat makan dan semestinya tempat letak kereta yang besar bagi memastika setiap pengunung yang datang berpuas hati dengan kemudahan ini. Dengan tersiapnya taman ini keseluruhannya pada Febuari 2007, pelbagai kelab-kelab persendirian mahupun berkumpulan menggunakan kemudahan ini sepenuhnya, tidak terkecuali kelab HDC.

Saya muala mengenali kumpulan ini melalui rakan baik yang turut sama-sama berminat sukan lasak ini. Oh! sebelum terlupa, kumpulan ini menggemari sukat panjat-panjat..haha...wall climbing la!. Aktiviti mereka tiada had masa, tempat dan ahlinya sendiri. Pelbagai keistimewaan dapat dilihat daripada kumpulan ini seperti semangat kerjasama, bantu membantu dalam menyelesaikan masalah dan tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan dengan semangat "all for one,and one for all". Lelaki atau wanita di dalam kumpulan ini benar-benar mempunyai minat yang mendalam dala sukan ini, ia jelas terpancar daripada lelehan keringat dan keseriusan di wajah mereka ini. Saya sebagai pendatang baru di dalam kumpulan ini dapat merasakan kesungguhan mereka memanjat dan membaiki atau menajamkan lagi teknik pendakian masing-masing.Selain daripada itu, perbezaan latar belakang kehidupan setiap ahli kumpulan tidak menjadi masalah utama kepada mereka kerena persamaan antara mereka jelas dapat dilihat daripada sukan ini.Pada malam 28 Julai 2010 saya berkesempatan berjumpa ahli-ahli kumpulan ini semasa mereka sedang menjalani latihan wall climbing. Saya bertekad untuk mengabdikan gambar-gambar latihan mereka untuk diabdikan di dalam blog dan dapat berkongsi bersama pengalaman ini bersama rakan-rakan yang lain. Biar saya mulakan dengan mengatakan..."BEST GILER!!!".


Malam itu saya dapat melihat ahli-kumpulan ini berlatih. Mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk proses memanjat. Pemantauan berterusan oleh ahli yang berpengalaman,memastikan setiap pendakian dilakukan dengan sempurna dan keselamatan mereka sentiasa dalam lingkungan selamat. Yep, malang tak berbau!. Salah satu aktiviti malam itu ialah "Top- Roping and Belaying". Bagaimana ia dilakukan?. Dalam aktiviti top-roping, tali yang terletak di atas pendaki yang telah diikat pada 'anchor' sentiasa memegang pendaki tersebut,ia bagi memastikan sekiranya pendaki tergelincir atau gengaman jari terlepas, mereka tidak jatuh tercedera!. Semasa pendakian dibuat, seorang individu akan berada di bawah memegang tali dimana dia akan memastikan tali ditarik dan dilepaskan bergantung atas permintaan pendaki. Saya yang menyaksikan pendakian ini turut merasa teruja melihat mereka mendaki. Berpeluh dibuatnya!. Selain daripada itu, aktivit lain turut dilakukan seperti "Lead Climbing","Rappeling" dan "Lowering". Saya merasa sedikit risau melihat pendaki wanita mula memanjat,takut-takut jatuh,tetapi andaian saya meleset kerana mereka berupaya memanjat dan turun dengan selamat. 'women rule!"

Peralatan yang dapat saya lihat malam itu yang digunakan untuk mendaki ialah seperti kasut mendaki dimana ia bukan sebarang kasut. Ia diperbuat daripada kain dan getah yang keras dan rata. untuk menjaga kaki daripada batu yang tajam dan kasar dan pada masa yang sama 'grip' kaki di dinding kuat. Tali merupakan kelengkapan wajib digunakan disini. Pelbagai jenis tali saya dapat lihat digunakan.Ia diperbuat daripada 'nylon fiber'.Memang kuat tali ni. 'Carabiner' turut dapat dilihat,bersama juga 'Webbing' dan juga 'Harness'. Saya juga dapat melihat 'Belay' dan karung kapur....saya tak dapat memngingati nama saintifiknya. hehe sory.

Oleh yang demikian tidak salah jika saya mengatakan pengalan saya malam itu memang berbaloi dan membuka minda saya keseluruhannya. Jika saya berkesempatan lagi, saya akan menceritakan aktiviti kumpulan ini dari masa kesemasa...Last but not lease....saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli kumpulan  HDC terutamanya kepada rakan baikku Rafiq Ashraf,Aril,Boiy,Roney,Liza,Ros dan Adam C."Good Luck Boys and Girl"..Hope to see ur again.

2 comments:

  1. Hahahahahahahhahahaa hoi ada bran pergi la... aku bagi ko try boulder rock yang kat bawah tu dulu.

    ReplyDelete
  2. insyaallah aku try, aku takut tangan aku jer yang tak mampu nak angkat aku hehe

    ReplyDelete