Friday, July 23, 2010

KO kerja ape? goverment ke? la keje senang la ko!...nak makan kaki ke!


Kerja dengan Kerajaan atau kerja dengan Swasta. Saban hari saya dengar ayat ini persoalkan semasa berjumpa kawan-kawan atau berjumpa dengan saudara mara. Mengapa soalan ini ditimbulkan? memang la, kalau dah badan tu dah bertambah besar dan gagah,muka dah penuh misai dan janggut dan sudah berumur 19 tahun ke atas, mestilah atau sewajarnya anda telah berkerjaya tidak kiralah jawatan anda itu besar atau kecil mahupun tetap,kontrak atau sambilan. Di dalam era moden ini, yang memerlukan anda mempunyai wang kertas berwarna unggu berkepuk mewajibkan anda untuk bekerja. Penganggur? oh sory, sewajarnya anda bukan daripada golongan ini. Di malaysia ,tanah air tercinta ini, telah menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada kita. Oleh yang demikian anda sudah sepatutnya mempunyai pekerja, sekiranya tidak ...jangan marah sekiranya saya katakan anda PEMALAS.


Berbalik kepada persoalan kita hari ini, mengapa mereka sering mempertikaikan anda kerja kerajaan atau swasta. Sekiranya anda bekerja swasta ,mereka menganggap gaji anda berkepuk dan kerja anda berat dan mencabar. Manakala, sekiranya anda bekerja di jabatan kerajaan, mereka akan menganggap anda bergaji cukup2 makan dan kerja yang anda lakukan senang. Saya panas hati mendengar pendapat mereka ini yang berotak3 suku ni. Sedapnye mulut berkata-kata.Mengapa saya marah? memangla saya bekerja bersama kerajaan,itulah sebabnya.Mereka di luar sana tidak mengetahui apa sebenarnya pekerjaan disini dan susah dan senangnya berada disini. Mereka hanya melihat pekerja awam sebagai individu yang goyang kaki, bermasalah displin,kurang asam,malas dan kualiti tiada. HIPOKRIT!!!. Saya membidas sekeras-kerasnya pandangan mereka ini. Kebanyakan pekerja awam mempunyai integriti dan displin yang tinggi. Mereka bekerja secara serius dan kerja yang mereka lakukan memang sukar dan memerlukan mereka mengorbankan masa terluang mereka pada hari minggu. Mereka menjalankan tugas rasmi bersama-sama pegawai kerajaan yang penting seperti Menteri,Menteri Besar dan Perdana Menteri. Pekerjaan seprti memerlukan kesungguhan dan kesabaran untuk dilaksanakan. Mungkinkah seseorang yang bekerja untuk 'Orang Penting' ini bersikap sambil lewa,malas dan tidak berdisplin. MUSTAHIL!!. Mereka yang mengeluarkan kenyataan negatif ini sebenarnya berasa cemburu kerana individu yang bekerja awam mempunyai gaji yang tetap dan tidak terganggu sekiranya berlaku kegawatan ekonomi,mereka juga mendapat kemudahan seperti kesihatan,keraian,alaun perumahan,elaun pelajaran,alaun sara hidup dan pelbagai lagi.Inilah kebaikan sekiranya bekerja bersama sektor awam. Tetapi mengapa mereka perlu cemburu, gaji bagi mereka di sektor swasta 2 atau 3 kali ganda lagi tinggi berbanding kerajaan. Pekerjaan lebih popular dan mereka lebih berpeluang naik pangkat dengan lebih cepat . bagi sektor kerajaan , gaji yang kami terima hanya cukup-cukup makan dan tidaklah terlalu mewah. Janganlah dibandingkan kerja pegawai berjawatan tinggi, mereka memang bergaji besar,samala juga dengan pegawai tinggi di swasta. Cammon la! dont be like this!. Saya memang tidak mempertikaikan ada segelintir individu yang bermasalah, tetapi ini turut juga berlaku di sektor swasta juga. Mengapa perlu memandang kepada mereka yang bermasalah ini dan terus menge"chop" semua kerja kerajaan teruk. Ini pandangan yang tidak adil dan berat sebelah. Cuba anda bertenang dan mengambil kira pendapat saya yang baru saya beritahu sebentar tadi. adakah pendapat saya ada kebenaran?

Oleh yang demikian saya berharap tidak kiralah bagi sesiapa yang bekerja bersama sektor kerajaan ataupun swasta, perlulah berganding bahu dan tidak bertelagah antara satu sama yang lain. msing-masing mempunyai rezeki yang terhidang untuk dirinya dan menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha mencari dan pastikan pekerjaan itu adalah hasil yang suci dan halal.....Kan!..kan!

2 comments:

  1. depend tempat keja. I dulu penah keja dgn kolej swasta yg ceo nya boleh kata "Syarikat ini bapak saya yg punya" sebab pak mentua dia share holder tebesar, memang keja keras gaji ciput. sekarang keja gomen,tak beza sgt. Tula,depend tempat keja sebab dulu masa di ***, keja sampai ke petang,orang dah takde dah tapi takde ot sebab tak sampai sejam. sekrang kat ** keja ok la sikit. Tapi tu la beza gomen dgn swasta,gomen ikut peraturan skit. Swasta kalu tempat kecik tak ikut peraturan,dia ikut dan. hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehe walau apa pun pendapat saudara/saudari, ia sebenarnya bergantung kepada persekitaran kerja dan bos itu sendiri. terdapat juga sesetengah syarikat swasta yang memberikan kebebasan berpakaian dan mcm-mcm lagi untuk memastikan pekerjaan dilakukan dalam keadaan yang selesa dan ada juga pejabat awam yang langsung tak mengikut peraturan kerana bos nya sambil lewa sahaja...apa yang penting, bulan-bulan gaji masuk kan ? hehehe

    ReplyDelete