Wednesday, June 30, 2010

Kurang Asam Betul Tol Plus!!


Hari ni hari yang amat memenatkan aku. Seharian bekerja,aku terpaksa kesana-kesini last petang tadi aku ke Istana Mestika. Nukilan aku kali ni bukan kerana kerja, tapi perjalanan aku pulang dari kerja. Seperti biasa aku dalam perjalanan pulang ke rumahku di Kepong. Pergh!! jangan di tanya pasal jem,dasyat!. Tapi tidak mengapalah, aku sudah biasa dengan keadaan ini. Aku biasa mengambil jalan Highway Plus. Perjalanan aku akan bertambah lancar dan cepat pulang ke rumah sekiranya jalan ini ku ambil. Sampai sahaja aku di tol......Neraka Jahannam bermula. sampai jer aku kat tepi tol tu, wajah seorang "akak" terpacul keluar, dengan wajah yang macam mencuka memandang muka ku, aku hulurkan 2 helai wang kertas 1 ringgit dan 3 keping syiling 20 sen bersama tiket. Tiba-tiba, dia berkata" Hei, nanti dulu bagi wang kertas!" bernada kasar. Aku termangu seketika. Aku turutkan sahaja kehendak "akak" ini. tanpa memandang aku semula dia memandang ke skrin di meja dalam pejabat kotak 10x20 nya itu. aku meneruskan perjalanan aku. Persoalan di minda aku, kenapa dia bersikap kurang asam seperti itu, tidak bolehkah memberikan senyuman dan berkata sopan. Inikah yang di ajar di PLUS!!. Saya faham kedudukan akak yang terpaksa duduk di dalam kotak selama beberapa jam melayan kerenah pemandu lain, tapi ini tidak adil bagi saya. Jika "akak" tu tak nak bekerja di situ,bolehla berhenti. Dengan keadaan ekonomi kita yang tidak stabil ini, mustahil la "akak" ni nak buat kerja giler tu. Cuba ambil iktibar pada pekerja tol di Jalan Duta suatu ketika dahulu, tol itu terpaksa ditutup dan beratus hilang pekerjaan. Perlukah insan "akak" ni mengalami nasib yang sama baru sedar kesalahan yang telah dilakukan. Ingatlah sekiranya anda rasa kerja anda paling teruk, banyak lagi kerja yang lebih teruk lebih hina dari kerja anda. Tepuk dada Tanya selera.....

No comments:

Post a Comment