Pembangunan sistem pengendalian ini bermula sebelum pelancaran pendahulunya pada tahun 2009. Kewujudannya pertama kali diumumkan pada Januari 2011 semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna. Semasa pembangunan dan fasa ujiannya, Microsoft melancarkan tiga versi pra-pelancaran: Previu Pembangun (September 2011), Previu Pengguna (Mac 2012), serta Previu Pelancaran (Mei 2012). Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 sudah melepasi peringkat pembangunan dan dilancarkan untuk pengilang. Windows 8 dijangkakan boleh didapati pada 26 Oktober 2012.
Windows 8 dibina berdasarkan bahasa reka bentuk Metro serta memperkenalkan satu bentuk baharu "perisian gaya Windows 8", yang hanya boleh didapati melalui Windows Store. Windows 8 turut menampilkan skrin Start baharu, Internet Explorer 10, sokongan asli untuk USB 3.0, Windows Defender serba baharu yang menentang perisian jahat, Windows To Go, serta sokongan bagi UEFI SecureBoot, yang turut menimbulkan kontroversi.
Windows 8 boleh didapati dalam empat edisi utama: Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan Windows RT. Tiga edisi terawal mempunyai keperluan perkakasan yang sama seperti Windows 7. Edisi terakhir pula dijalankan pada komputer tablet dengan seni bina ARM dan mempunyai keperluan perkakasan berbeza. Vendor perkakasan yang sudi menerima pensijilan Microsoft bagi peranti keluaran mereka perlu memenuhi beberapa keperluan pensijilan. Windows 8 Enterprise dan Windows RT tidak boleh didapati di kedai-kedai jualan biasa.
CIRI CIRI WINDOW 8
Pertama, lagi banyak maklumat dapat dilihat dalam Lock Screen seperti jumlah e-mel baru, tarikh dan masa serta data lain tanpa perlu login dan memasuki skrin utama Windows 8.Sebagai bandingan, Windows 7 hanya menunjukkan kata nama, gambar kecil dan ruang untuk menaip kata laluan saja.
Microsoft juga menambah kaedah pengguna boleh sebaik ia membuka kunci (unlock) Windows 8. Kini, sekeping gambar boleh dipaparkan dan pengguna hanya perlu menyentuh beberapa titik dalam gambar terbabit sebagai kata laluan sebelum membuka telefon terbabit.
Selepas memasuki Windows, apa yang akan dilihat pada skrin permulaan adalah beberapa kotak atau “tiles” yang mewakili aplikasi tertentu atau kandungan yang penting seperti ditetapkan pengguna terbabit. Kotak terbabit boleh jadi aplikasi pintasan kepada ciri kegemaran dalam antaramula seperti laman web atau album gambar.
Skrin permulaan ini direka sebagai titik permulaan dalam pengalaman menggunakan Windows dan kotak di skrin dapat menunjukkan maklumat terkini tanpa keperluan membuka program terbabit.Tidak kira berapa besar skrin anda, apa yang diperlukan akan dipaparkan
Dalam OS Windows 8, seluruh skrin digunakan untuk aplikasi dan menu bar disorok dan hanya dapat dilihat apabila pengguna menyentuh (swipe) bahagian tepi skrin.Jika pengguna menyentuh bahagian kanan skrin, ciri yang dipanggil Charms akan terpapar. Ciri ini membolehkan pengguna memilih jalan pintas untuk cetak, salin dan sebagainya.Contohnya, kemudahan Share Charm memperuntukkan satu lokasi untuk berkongsi gambar dengan aplikasi tertentu yang menyokongnya.Charm menghubungkan satu aplikasi kepada aplikasi atau peranti yang lain
Microsoft juga mencipta ciri lebih senang untuk bertukar antara satu aplikasi dengan yang lain. Pengguna hanya perlu menyentuh skrin dan meleretkan jari dari kanan ke kiri atau kiri ke kanan untuk membuka aplikasi berikutnya.
Papan kekunci sentuhan (touch keyboard).
Untuk tablet, papan kekunci sentuhan akan ditunjukkan seperti biasa tetapi ia juga boleh dibahagi dua untuk mereka yang suka menaip menggunakan ibu jari sambil memegang tablet.
Cara menutup aplikasi
Untuk menutup program atau aplikasi, ia hanya perlu leretkan jari ke bahagian bawah skrin. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh menutup aplikasi secara tradisional, iaitu menekan butang Alt-F4 sekali gus.
Task Manager yang baru
Aplikasi yang tidak diguna akan ditangguh (suspend) dan tidak akan menggunakan kuasa unit pemprosesan komputer (CPU). Ia bermakna ciri terbabit tidak akan memberi kesan kepada kuasa bateri. Sekali gus, ia bermakna aplikasi tidak perlu ditutup jika tidak digunakan.
Ciri-ciri lain
- Internet Explorer 10 disertakan sebagai kedua-dua program desktop serta sebagai aplikasi yang dioptimakan untuk sentuhan. Aplikasi yang seterusnya itu tidak menyokong plugin atau komponen ActiveX, tetapi menyertakan satu versi Adobe Flash Player yang dioptimakan untuk sentuhan dan penggunaan berkuasa rendah serta hanya boleh berfungsi pada laman yang dimasukkan dalam senarai putih.
- Pengguna kini boleh log masuk Window menggunakan akaun Microsoft (sebelum ini dikenali sebagai Windows Live ID). ia membolehkan profil dan tetapan pengguna untuk disegerakkan melalui Internet serta boleh dicapai dari komputer lain yang menggunakan Windows 8, di samping penyepaduan dengan SkyDrve.
- Windows Store akan menjadi satu-satunya cara untuk membeli dan memuat turun aplikasi gaya Metro, di samping mengiklankan aplikasi desktop. Aplikasi gaya Metro dipasang dari Windows Store, atau dalam bentuk aplikasi Barisan Perniagaan pada peranti yang disertakan dalam domain rangkaian.
- Dua cara pengesahan baharu ditambah: kata laluan bergambar, yang membolehkan pengguna log masuk dengan melukis tiga isyarat tangan pada beberapa tempat berasingan pada gambar, serta log masuk PIN, yang membenarkan pengguna mengesahkan menggunakan nombor PIN empat digit.
- File Explorer akan menyertakan palang peralatan reben, serta mengemaskinikan dialog proses pengendalian failnya untuk menyediakan statistik lebih terperinci, keupayaan untuk menghentikan seketika pemindahan fail, serta pembaharuan dari segi keupayaannya untuk menguruskan konflik semasa menyalin fail.
- Hybrid Boot akan menggunakan teknologi hibernasi untuk membolehkan penghidupan yang lebih pantas dengan menyimpan ingatan teras Windows di dalam cakera keras dan memuatkannya semula semasa dibutkan.
- Windows To Go akan membolehkan Windows 8 Enterprise untuk dibutkan dan dijalankan dari peranti USB boleh but (seperti pemacu kilat).
- Dua fungsi pemulihan disertakan, Refresh dan Reset. Refresh memulihkan kesemua fail Windows kepada keadaan asal sementara mengekalkan tetapan, fail, dan aplikasi, sementara Reset mengembalikan komputer kepada keadaan asal kilang.
- USB 3.0 kini disokong secara asli.
- Skrin kunci baharu memaparkan jam serta peringatan sementara komputer dikunci.
- Task Manager direka semula.
- Penyepaduan Xbox Live (termasuklah Xbox Live Arcade, Xbox Companion dan Xbox Music)
- Storage Spaces membenarkan pengguna untuk menggabungkan beberapa cakera keras yang berbeza saiz menjadi pemacu maya dan memperincikan pantulan, pariti, atau tiada tindanan pada asas folder demi folder.
- Family Safety bertujuan untuk membenarkan ibu bapa melindungi anak-anak mereka di Internet, di samping memantau dan mengawal aktiviti dan penggunaan PC dan Internet.
- Windows Defender kini mempunyai keupayaan antivirus, serupa seperti pada Microsoft Security Essentials. Ia bertujuan untuk menggantikan pakej dan fungsi Security Essentials sebagai program antivirus utama.
Ciri-ciri digugurkan
- Butang Start dibuang, walaupun ia masil boleh dicapai melalui titik panas pada penjuru bawah kiri skrin serta pada menu azimat.
- Menu Start digugurkan dan digantikan dengan antara muka paparan penuh dipanggil skrin Start.
- Tema Aero Glass yang ditampilkan pada Windows Vista dan Windows 7 digugurkan daripada Windows 8 bagi memberi laluan kepada tema gaya Metro.
- Microsoft Gadgets yang ditampilkan pada Windows Vista dan Windows 7 digugurkan daripada Windows 8.
- Palang perintah pada File Explorer (penjenamaan semula Windows Explorer) digantikan dengan antara muka reben.
- Windows Media Center tidak lagi ditampilkan secara lalai dalam mana-mana versi Windows 8, tetapi boleh didapati sebagai ciri tambahan.[54]
- Windows Media Player tidak lagi boleh memainkan DVD, walaupun DVD masih boleh dimainkan pada Windows Media Center jika ia dibeli berasingan.
Windows 8 boleh digunakan dengan peranti yang menggunakan prosesor x86 dan ARM.Ia membolehkan lebih banyak PC dan tablet disediakan dan memberi pilihan luas dan fleksibel kepada pembeli. isu paling penting dalam perubahan kepada teknologi baru ini ialah kesediaan komputer yang menggunakan Windows 7 berubah kepada Windows 8 tidak lama lagi.Bagi Pengarah Pemasaran Dunia, Kumpulan Produk Lenovo, Michael Littler, Windows 8 dikhabarkan mengujakan pengeluar apabila ia menjadi perisian yang sempurna dan dapat memberi satu pengalaman hebat kepada penggunanya.Ia akan memberi peluang kepada pengilang komputer untuk menawarkan pelbagai jenis komputer seperti desktop, notebook dan ultrabook serta tablet dan komputer hibrid atau laptop yang boleh digunakan sebagai tablet.
GAMBAR-GAMBAR PAPARAN WINDOWS 8
Terima kasih share info yang bagus sebelum kita terus bertukar ke windows8. Ayuh dicoba!
ReplyDelete