Sunday, October 7, 2012

Alahai aku jatuh cinta lagi...


Adakah salah untuk jatuh cinta? seumur hidup ini ,itulah satu-satunya yang aku cari selama aku menjelajahi dunia yang haru biru ini. Walaupun sesukar mana aku menahan diri dari menelefon atau menghantar pesanan ringkas, aku masih mencuba. Aku tahu peluang untuk cinta aku diterima amatlah sukar dijangka, tapi tidak salah untuk mencuba nasib aku. Secara zahirnya aku mmg tidak berapa sepadan dengan dirinya yg begitu comel, bermata jernih, wajah keanak-anakan, manja(mungkin) dan senyuman yang paling manis pernah aku lihat. Setiap kali aku bertembung dia di lif atau di sekitarnya, aku terkedu dan menjadi 3 suku serta merta. Aku mula mengarut dan percakapan ku tersekat. Tetapi aku tetap cuba berlagak "cool" dan nampaknya aku masih kelihatan kelakar. Apakah cinta itu sebenarnya?

Cinta ialah naluri atau perasaan dalaman keatas sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmani atau rohaniah. Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan CINTA.

Cinta, asmara, kasih, sayang, suka, minat yang sinonim dengan perasaan diluahkan atau disampaikan dengan kaedah yang berbeza. Oleh kerana konteks  cinta itu dari sanubari, maka itulah manusia cuba sampaikan maksudnya dan luahan perasaan itu dengan bentuk ungkapan, sebutan, tulisan puisi, sajak dan sebagainya yang bertujuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.

Kata pujangga Shakespeare :
 
"Cinta dapat menjelmakan haiwan menjadi manusia dan manusia menjadi haiwan".

Demikianlah besar dan hebatnya pengaruh cinta dalam emosi manusia. Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal peranannya. Maka itulah wujud ungkapan "Cinta Itu Buta". Ia adalah suatu perasaan yang paling kuat dari semua perasaan hingga manusia boleh kehilangan kemampuan atau pertimbangan yang wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora perasaan sehingga fikiran tidak keruan dan tindak tanduk celaru.

Cinta Buta juga disamakan dengan kesetiaan, kerana apabila sudah cinta terhadap seseorang, maka fikiran juga turut setuju dalam segala hal. Soal cacat, hodoh atau sebaliknya tiada dalam kamus perasaan mereka. Oleh kerana cinta itu datang dari nafsu berahinya yang hidup bergelora dari jiwanya, maka cinta itu TIDAK SAMA dengan cinta terhadap Allah.

Oleh itu, cinta boleh dipantau hanya dengan kawalan emosi dan nafsu. Yang boleh merubahkannya hanyalah diri sendiri.


Jenis-Jenis Cinta

1) Cinta Sayang
 
Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau sukai, atau bertukar-tukar kisah peribadi untuk dikongsi bersama. Hubungan semacam ini yang mengandungi unsur akrab, nafsu berahi dan jalinan yang kuat. Cinta ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara tiba-tiba.

2) Cinta Buta
 
Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab. Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. Di lubuk hati masih lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.

3) Cinta Simpati 
 
Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya. Ada juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati. Cinta ini amat sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.

4) Cinta Paras Rupa
 
Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman. Lahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik diluar tetapi busuk didalam. Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran. Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

5) Cinta Romantik
 
Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang. Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu. Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.

6) Cinta Nafsu 
  
Cinta ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi. Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk  menikmati cinta perasaannya yang sebenar. Cinta ini tidak lama, selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta jenis ini amat mudah untuk dikenali, yang pada kebiasaannya lebih ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran pasangannya terlebih dahulu.

7) Cinta materialistik
 
Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. Cinta lebih kepada duit poket atau kedudukan atau taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapat sesuatu yang dia tidak mampu.

8) Cinta Biasan
 
Cinta ini dikenali juga sebagai cinta paksaan. Terpaksa minati pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk menerima pasangan sepenuh hati. Atas desakan atau paksaan, maka mereka teruskan hidup bersama, akibatnya pasangan merana jiwa dan batin. Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga pasangan yang sebaliknya.

9) Cinta Kecundang
 
Cinta ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi, maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan mereka secara rasional.  Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak puas hati terhadap pasangan yang dikenali.

10) Cinta Sempurna
 
Cinta ini amat sukar dicari. Terlalu sempurna dalam penerimaan pasangannya. Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional, memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya. Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.


Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa, mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza. Cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti. Samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang, namun hanya sekadar ungkapan sahaja, tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.

Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.

Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia.

Cinta juga membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya.

Sayang..


Kita memerlukan si dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayang akan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Segala masalah dapat diceritakan dan kalau boleh diselesaikan bersama.


Suka..


Kita suka akan dia kerana dia seorang yang baik budi pekerti. Dia pandai menjaga aurat dan batas pergaulan. Kalau boleh kita ingin sahaja terus mahu memiliki si dia secara halal.


Minat..


Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya. Harta, paras rupa atau budi dirinya? Itulah minat sebenar terhadap seseorang insan.

“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, karena kedudukan di sisi Allah.

Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tolong kami, beritahu siapa mereka?”

Rasulullah Saw. Menjawab, ”Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat di antara mereka, serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita di kala mereka berduka cita.””

(H.R Abu Daud)



No comments:

Post a Comment