Tuesday, October 16, 2012

MALAYSIA vs HONG KONG 2012...MESTI TENGOK!!!


Assalamualaikum dan selamat malam. Wah! saya berdebar-debar menanti bermulanya perlawanan persahabatan antara pasukan harimau Malaysia dan Hong Kong. Perlawanan yang sedang berlangsung pada malam ini adalah satu perlawanan penting yang akan menentukan TURUN dan NAIK ranking pasukan kebangganan kita. Jadi perlawanan pada malam ini sementinya "KELAS A", bukan ke begitu?.



Perlawanan pada malam ini pastinya merupakan satu perlawanan yang sengit dan hebat. Masing -masing bakal menunjukkan kemahiran pemain dan strategi jurulatih kedua-dua pasukan ini akan diuji semaksima mungkin. Pasukan Hong Kong yang menurunkan pemain-pemain baru di bawah jurulatih Ernie Merrick mahu melakukan sesuatau yang bakal mengejutkan pasukan Malaysia. Bagi pasukan Malaysia pula, Jurulatih Rajagopal semestinya menurunkan pemain yang dinilai cergas sepanjang latihan sebelum ini. Pada masa yang sama, beliau akan melakukan proses pemilihan pemain untuk perlawanan Suzuki Cup AFF 2012 dengan menilai prestasi pemain pada malam ini. Tunjukkan kesungguhan Harimau Malaya sekalian.


Eh, bukankah itu Safee Sali ??... wah beliau akhirnya diturunkan pada malam ini. Saya sungguh tidak menjangkakan penampilan beliau. Saya berharap beliau dapat menunjukkan permainan yang mantap walaupun di kelilingi dengan permasalahan pasukan kelab yang diwakili beliau. sudah pastinya FAM menjalankan tanggungjawab dan usaha yang mengkagumkan untuk memasti Safee Sali dapat beraksi pada malam ini. OH!.. sebelum saya terlupa, tiada pemain dari skuad Kelantan dan ATM yang beraksi pada perlawanan malam ini kerana mereka sudah pastinya bersedia untuk merebut KEJUARAAN PIALA MALAYSIA. The best team will win ok( sudah pastinya bukan Kelantan.....).

Akhir sekali saya berdoa pasukan kebanggaan berjaya melepasi halangan pertama pada malam ini. Hip..Hip..Malaysia....Hip...Hip...Malaysia   >>MALAYSIA BOLEH<<

P/S: separuh masa ke-2, minit ke-60, Safee Sali menjaringkan 1 gol.....yeah!!!!!



Pasukan Malaysia


KEPUTUSAN AKHIR : MALAYSIA 3 HONG KONG 0 

No comments:

Post a Comment