Pelbagai rintangan perlu diharungi, pelbagai pasukan perlu di 'alteri' untuk sampai ke perlawanan akhir. Syabas! semangat juang anda amat saya sanjungi. Semalam pasukan ATM menerima lawatan khas daripada Yang di-Pertuan Agong sedikit sebanyak menaikkan semangat juang pasukan ini. Kapten Pasukan ATM, Hairuddin Omar percaya, dengan susunan tektikal yang kemas dan semangat pasukan yang utuh sahaja dapat memastikan mereka dapan bergelar juara dan mengakhiri penantian untuk mengucup trofi agung ini.
Manakala bagi pasukan KELANTAN, kemenangan berganda(actually untuk piala ke-3) diperlukan bagi mengukuhkan cengkaman dan taruhan pasukan yang bergelar The Red Warior dalam arena bola sepak Malaysia. Kapten pasukan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha menyebut tiada bebanan untuk beliau menjaringkan gol . Sifat yakin ini menunjukkan betapa pastinya pasukan ini memenangi perlawanan pada malam ini. Tidak perlulah dipertikaikan lagi kekuatan jentera pasukan Kelantan ini yang mempunyai penjaga gol yang berkaliber, kawalan pertahanan yang kuat dan susunan taktikal daripada jurulatih yang sukar dibaca rentaknya.
Sudah pastinya harapan kedua-dua jurulatih ATM dan Kelantan untuk muncul sebagai individu yang membawa kelab ini ke puncak kegemilangan. Berperanglah ATM sehingga ke kelongsong peluru yang terakhir dan berjuanglah Kelantan dengan semangat kijang buas di padang pada malam ini. GOOD LUCK,LET THE BEST TEAM WINS :)
Petiktetikus menemui link intuk melihat perlawanan secara LIVE STREAMING. Sila ke link ini untuk menontonya...
No comments:
Post a Comment