Hai, apa khabar anda semua malam ini? gembira? sedih? kecewa? marah? atau pun korang memang takder perasaan (haru ni!). Pada pendapat PetikTetikus, penyelesaian yang boleh anda lakukan ialah berkumpul dengan rakan-rakan anda. Kawan merupakan kelompok penting bagi seseorang individu tidak kira ia lelaki , perempuan, muda, tua mahupun makhluk asing memerlukannya. Perasaan emosi dapat diubat dengan hanya kita duduk bersam, berborak dan gelak bersama-sama. Tidak perlulah kita menghabiskan ribuan ringgit dengan hanya berjumpa kaunselor yang belum tentu memahami masalah kita. Pernah suatu ketika dahulu aku hampir menjadi tidak keruan kerana aku pendam masalah di dalam diri . Yep, aku seorang penyendiri suatu ketika dahulu. Duniaku hanya di lingkungan aku sahaja. my life is very sad time tu. Selepas itu, aku mula bertekad untuk berubah dan mula melangkah kedunia yang asing bagi aku.
Hidup berkawan memang indah. Kita dapat merasakan kita diperlukan semasa senang dan susah. Aktiviti dilakukan bersama dan pelbagai pengalaman aku perolehi disebabkan rakan-rakanku. Sudah menjadi kebiasaan kita akan berbeza pendapat dan bergaduh, tapi itu adalah asam garam hidup berkawan. Sekiranya kita hanya mahu orang lain mendengar pendapat kita secara mutlak dan tidak mahu mendengar pendapat rakan yang lain, bungkuskan semua pakaian anda dan aku akan hantarkan anda ke pulau yang didiami haiwan. Baru sedar bila sudah berada disana keseorangan. Oleh itu, mahulah saya PetikTetikus berkongsi tip-tip hubungan berkawan.....
- Sentiasa menyediakan masa untuk berkumpul supaya hubungan kawan tidak terputus
- Bertanya khabar walaupun tidak bertemu (besemuka). Gunalah SmS atau seangkatan dengannya
- Menasihati dan menerima nasihat secara berkhemah dan berfikiran terbuka
- Sedia mendengar masalah ataupun berita gembira dengan memberi tumpuan tiada sempadan.
- Memberi bantuan dalam bentuk yang dirasakan dapat membantu permasalahan rakan kita mengikut kemampuan
- Sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk rakan kita tanpa mengokong pendiriannya
- Bertemu dengan keluarga rakan-rakan kita supaya mereka mengenali siapa rakan-rakan anaknya dan pada masa yang sama merapatkan hubungan bersaudara.
- Sekiranya bergaduh, tidak perlulah mengambil masa yang lama untuk berbaik semula, tidak salah untuk mengalah
- Jangan mendengar berita yang tidak baik daripada sumber-sumber yang tidak pasti kerana ia mungkin khabar bohong.
- Sanyangilah mereka seperti anda menyayangi diri anda dan keluarga. Contohilah sifat berkawan nabi kita.
- Jangan sesekali kita mengajak mereka melakukan perkara yang tidak disukainya dan hormati kehendaknya.
- Menerima sifat rakan kita dengan pemikiran terbuka, sekiranya anda merasakan ada yang kurang, nasihatilah dengan berkhemah dan bijaksana
- Lakukan aktiviti bersama sekiranya boleh, ambil masa bercuti atau beriadah bersama
- Sentiasa berdoa kepada tuhan supaya kehidupan kita dan rakan-rakan kita bahagia dan mendapat lindungan dari perkara-perkara buruk. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment