Wednesday, January 16, 2013

PERKAKASAN ELEKTRONIK TERBAIK DI CES 2013


HANDPHONE TERBAIK

 

Seperti gambar yang dipaparkan diatas, Ia merupakan antara Hp yang diperkenalkan di CES. Ia merupakan salah satu produk Sony yang memberi IMPAK besar di festival tersebut. Kali ini, Sony keluar dengan produk Hp yang mempunyai pelbagai funtion dan daripada maklumat yang saya perolehi ia mempunyai perkakasan dan perisian terbaik antara Hp yang terdapat di pasaran buat masa sekarang. Model Hp   Xperia Z ini mempunyai paparan skrin. yang besar, 5-inch bebeh!, resolusi 1080p, menggunakan enjin  quad-core processor dan  kamera 13-megapixel didatangkan sekali dengan  HDR video capture. Sebenarnya, pada pengamatan saya, rekabentuk Hp itu sendiri yang menarik minat sesiapa yang melihatnya. Hp sekarang ini hanya mementingkan rekabentuk luarannya sahaja , Bagi mereka yang penting ia berkilat mcm muncung kapal terbang dan bewarna metalik mcm kereta aaku hehe. Xperia Z pula masih mengekalkan rekabentuk yang menarik tetapi turut ditambah dengan Anti-habuk dan Anti-air. Cuba korang tengok gambar kat atas tu, suka hati jer kasi rendam. Ia juga mempunyai cermin anti-pecah (kalau berani kasi try tengok) dan ia mempunyai perisian yang membantu untuk menjimatkan penggunaan power. Apalagi,....Sambar!



 

Korang pernah tengok tak Hp yang mempunyai dua paparan di hadapan dan dibelakang?  korang boleh jadikan salah satu sebagai "casing" dengan meletakkan wallpaper kesukaan korang. Dah ada sekarang kengkawan, Memperkenalkan Yotaphone dual-display . Ia merupakan satu inovativ terkini dan idea yang bernas. Aku ingat ia hanya gimik, tapi ia memang ada dan ia mempunyai pelbagai aplikasi terkini. Anda masih boleh menjawab telefon sambil mengekalkan paparan akhbar atau cuaca di skrin yang satu lagi. Gempak seh!, Tak tau lak kalau syarikat lain nak keluar produk seperti ini jugak selepas ini. 


TABLET TERBAIK


razer edge gaming tablet 

Berbanding pada tahun lepas, Penggunaan tablet masih asing dan tiada kepelbagaian di pasarkan buat masa itu, Biasanya mereka akan menunggu sehingga February's Mobile World Congress (MWC) untuk memperkenalkan perkakasan terkini . Tetapi kali ini tablet yang mementingkan penggunanya untuk bermain game telah diperkenalkan. Produk Razer Edge memperkenalkan keseronokan tahap gaban kepada gamers diseluruh dunia. Dengan menggunakan platform Windows 8, ia mempunya perencah-perencah yang sangat lazat seperti rekabentuk tablet, kelajuan pemprosesan dan paparan grafik yang boleh membuatkan poket anda meraung. Apapun evolusi permainan game sedikit sebanya telah berubah di mana ia turut boleh bersaing dengan produk game seperti PSP dan Wii.




LAPTOP TERBAIK


lenovo thinkpad helix ultrabook 


Laptop Lenovo ThinkPad Helix Ultrabook telah dijulang sebagai juara yang berjaya meyetelkan permasalahan yang dibelengu oleh laptop iaitu konsep  "Docking". Anda semua mungkin pernah melihat laptop yang boleh dicabut antara skrin dan keyboardnya ( Mcm cerita The Avanger bila Tony stark diberi laptop oleh ejen Shield). Laptop yang sepertinya hanya membolehkan docking dibuat pada satu arah sahaja. Tetapi untuk laptop ini, ia boleh docking pada arah depan dan belakang tanpa mengganggu keselesaan penggunanya. Konsep inovatifnya  "Rip and Flip" design telah merevolusikan laptop sekali lagi. So penggunaan laptop masih boleh bertahan dan tidak akan pupus dalam masa terdekat ini yer kengkawan.


DESKTOP TERBAIK




 

Nak PC berbentuk seperti meja tak? kalau angkat tangan tu, beb korang boleh beli produk Lenovo nih. Ia boleh digunakan secara mendatar atau ditegakkan seperti gambar dinding mengikut kesukaan anda. Ia menggunakan sistem pengoperasian Windows 8 dan menggunakan teknologi paparan  Aura touch interface.
Setelah funtion ini dihidupka, beberapa banyak pengguna  boleh didisi dipaparan untuk permainan game seperti Medal Of Honour dan Call Of Duty di skrin 27-inch, 1,920 x 1,080 , main serentak.Pergh !, berpinar mata korang. Bateri ia juga boleh bertahan selama 2 jam. So jom kita rembat 1.




SELAIN DARIPADA ITU ADA JUGA PERKAKASAN LAIN YANG TURUT MENJADI PERHATIAN. pETIKTETIKUS TELAH LAMPIRKAN DIBAWAH:


HDTV TERBAIK

samsung4k-adjusted 


 


HOME THEATER TERBAIK

 

GAME SET TERBAIK

nvidiashield2 




KAMERA TERBAIK

 



SERVER  TERBAIK

 











1 comment: