Thursday, January 17, 2013

UBUNTU Dan ANDROID Sudah ke Tablet...Satu lagi pencabar di dalam liga Tablet :)

TABLET RINGAN 'Kite' MENGGUNAKAN PENGOPERASIAN UBUNTU 12.04 DAN ANDROID 4.0


Memang tidak sukar untuk kita menjumpai tablet yang menggunakan sistem pengoperasian Android. Terdapat pelbagai model di pasaran dalam pelbagai bentuk dan warna, Tetapi untuk menemui tablet yang menggunakan Linux (Ubuntu) memang sukar . Petiktetikus amat teruja dengan perkembangan terbaru ini. Welcome to the club!

 


 Secara spesifiknya model "Kite" atau "Nibbio" yang didatangkan daripada Italian Da Vinci Mobile Technology telah merekabentuk dual-boot untuk Ubuntu dan Android (bermaksud anda boleh menggunakan kedua-dua pengoperasian dengan memilih di paparan boot) yang petiktetikus kenalpasti akan di eksport pada bulan 2 nanti (tak tau sampai Malaysia ke tak).


 


Ia mempunyai 10.1 skrin multitouch dengan resolusi 1920x1200 dan mempunyai 16 milion warna. I menggunakan enjin pemprosesan Samsung Exynos 4412 Quad-core 1.4 Ghz dan disertakan sekali grafik card Mali-400MP. Ia mempunyai Wifi b/g/n dan Bluetooth 4.0dan mempunyai kekuatan RAM 2 GB DDR3. Untuk Hardisk pula, ia mempunyai ruang storan 32 GB. Berat bagi Tablet ini hanya 539 gram !. Selain daripada itu ia turut disertakan dengan kamera depan dan belakang, GPS, gyroscope dan port USB. Ia didatngkan dengan  warrenty selama 3 tahun. Apa lagi yang anda mahu?

So nantikan ketibaan Tablet ini tidak lama lagi. Roger and out :)
 

No comments:

Post a Comment