Monday, January 21, 2013

Kelebiahn Microsoft Office Baru Berbanding Sebelumnya.















Pening kepala Petiktetikus melihat betapa pantasnya teknologi berkembang pesat. Sebagai contoh, sekiranya bulan ini kita diperkenalkan dengan telefon bimbit baru keluaran "X", bulan yang akan datang akan keluar telefon bimbit "Y" yang lebih baik fungsinya. Persaingan yang sengit ini memberi kesan kepada pertumbuhan teknologi. Pelbagai "Funtion" baru wujud bak cendawan tumbuh di waktu hujan bebeh!. Aku merasa seronok melihat percaturan ini kerana ia memberi manfaat kepada  hidup kita sebagai pengguna.

Sebelum aku terlajak jauh, mari kembali kepada tajuk kita. Untuk pengetahuan rakan-rakan, sekarang Microsoft Office telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Office 2013. Microsoft menjanjikan produk kali ini lebih stabil dan selamat. Ia turut sekali dilancarkan bersama-sama aplikasi Windows 8 tidak lama dahulu.

Sekalis pandang , perbezaan ketara yang dapat dilihat ialah format office itu sendiri. Jika sebelum ini Office menggunakan format .doc, ia telah ditukarkan kepada .docx. Apa kejadahnya kebaikan "x" itu?. Dah macam sukan extreme lak yer. Sebenarnya format terbaru ini menjadikan saiz file itu kecil daripada file .doc yang mempunyai kandungan yang sama. Lebih kurang separuh la jugak file itu dikecilkan. Ia juga membantu proses "backup". Maksudnya disini, sekiranya anda tengah menaip. 'tup!' power terputus, data anda lebih cepat di selamatkan dan dalam jumlah yang besar.(fuyoo!). Lebih penting lagi, keselamatan dokumen anda lebih terjamin walaupun ssaya sendiri tak pasti. (windows la yang cakap yer).




Windows 2013 ini sebenarnya direkabentuk untuk memudahkan ia support aplikasi selainnya. Ia juga menggunakan aplikasi yang sediada yang berbentuk "open file format". Kalau tak percaya, cuba cuba namakan salah satu dokumen anda yang berformat .docx dan tukarkan ia kepada .zip, dan 'double-click'. Hasilnya, ia sebanarnya  dalam format yang sama. (haha kantoi).

So, nasihat saya cubalah perisian terbaru daripada Microsoft ini dan jangan mengeluh sekiranya terasa sukar menggunakannya. Seperti sebelum ini, orang mengatakan office 2007 lebih sukar daripada office 2003, tetapi lam kelamaan semakin biasa dan terasa lebih mudah daripada versi sebelumnya.  Ok :)

No comments:

Post a Comment