PERTAMA KALI MENGGUNAKAN LAPTOP
- Pastikan perisian yang di "install" di dalam laptop bukan perisian yang anda sendiri tidak pernah tau kewujudannya. tanyalah individu yang pakar.
- Bila membuat instalasi perisian dibuat, pastikan laptop mempunyai power yang cukup supaya ia tidak akan terhenti semasa instalasi berjalan. Masalah akan berlaku sekiranya program itu "hang" dan untuk proses "uninstall" tidak boleh dilakukan
- Pastikan anda membuat 3 instalasi utama. 1) Antivirus 2) Antispayware 3) Registry repair
- Pastikan aotumatk update Windows dijalankan. (jika guna perisian tidak ori, "pop-up block" akan keluar)
- Buat "Partition" ke-2 atau lebih supaya anda boleh menyimpan data di lokasi berkenaan. Sekiranya anda mahu memformat laptop di masa akan datang, data anda tidak hilang dan "corrupt".
- Semasa laptop dihidupkan, pastikan power plug tidak di"on"kan. "ON" kan plug setelah laptop dihidupkan.
- Sekiranya menggunakan laptop dalam jangkamasa yang lama, cabut bateri laptop
- Jangan letakkan makanan dan minuman di paras yang sama dengan laptop.
- Sekiranya terkena air atau makanan. matikan laptop, dan cuba keringkan air dan bersihkan kotoran.
- Gunakan "cooling pad" semasa menggunakan laptop. Jangan sesekali meletakkan laptop anda diatas tilam atau kerusi kusyen kerana ia memerangkap haba dan menyebabkan komponen laptop rosak.
- Sekiranya boleh, jangan pasang plug laptop di extansion power yang sarat dipasang dengan perkakasan elektronik lain.
- Semasa melayari internet, jangan tekan pada pop-up yang meragukan. berkemungkinan ia virus
- Jangan sesekali memilih antivirus pop-up secara tiba-tiba kerana hasil pemerhatian saya, ia 100% virus
- Jangan masuk ke laman web yang meragukan. Faham-faham sendiri yer :)
- Pastikan sekiranya nada membuat transaksi bank secara online. bersihkan (clear) cache memori pada web browser
- Jangan membuka e-mail yang anda tidak tahu penyampainya. pada tahun 2009 45% laptop dan PC terkena jangkitan virus berpunca daripada e-mail di seluruh dunia.
- Scan dahulu pendrive /ecternal drive sebelum membukanya.
- Buat proses registry repair dan "defragmantation" sebulan sekali bagi mengekalkan prestasi laptop anda
- Tutup laptop anda secara automatik, tidak perlu tergesa-gesa mematikan laptop kerana ia akan menyebabkan perisian windows rosak.
- Sekiranya boleh, ceraikan bateri daripada laptop. I bagi menjimatkan pengunaan kuasa dan pada masa yang sama sekiranya anda meletakkan laptop di dalam kereta, ia dapat mengelakkan kecurian(insyaallah)
- Gunakan beg laptop yang mempunyai span tebal di dasarnya untuk mengurangkan kesan hentakan.
- Letakkan laptop anda secara cermat.
- Sekiranya hujan dan anda menaiki motosikal, berhenti dahulu berteduh. Letakkan di kotak simpanan helmet sekiranya ada.
- Jangan simpan laptop di tempat yang terlalu panas (bonet kereta) dan terlalu sejuk (Freezer)
No comments:
Post a Comment