بسم الله
الرحمن الرحيم.......
الحَمْدُلِلّهِ
رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ بِمَنِّهِ وَإِفْضَالِهِ وَيُدَافِعُ
نِقَمَهُ بِعِزِّهِ وَجَلاَلِهِ وَيُكَافِئُ
مَزِيْدَهُ بِحُسْنِ فِعَالِهِ . ألّلهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَتَابِعِيْهِ
فِىْ أَقْوَالِهِ وَأَفْعَالِهِ
Ya
Allah, bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu mendapatkan seluruh
kebaikan di sepanjang hari ini, dari awal pembukaannya, dengan petunjuk hidayah
Mu. Kami mohon berlindung kepada Mu dari sebarang kejahatan yang terdapat pada
hari ini, pada hari sebelumnya dan pada hari selepasnya.
ألّلهُمَّ
أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا
وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الّتِىْ فِيْهَا
مَعَاشُنَا
وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الّتِى إِلَيْهَا مَعَادُنَا
Ya
Allah baikpulihkanlah pegangan agama kami, kerana agamalah yang menjadi kuasa
pengawal segala urusan hidup kami. Perbaikkanlah segala urustadbir persoalan
keduniaan kami, kerana di dalamnya kami menjalani kehidupan kami. Perbaikkanlah
urustadbir urusan akhirat kami, kerana disanalah destinasi tempat kembali kami.
وَاجْعَلِ الحَيَاةَ
زِيَادَةً لَّنَا فِى كُلِّ خَيْرٍ
وَاجْعَلِ الموْت رَاحَةً لَّنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Jadikanlah
penerusan kehidupan ini peluang penambahan segala kebaikan kami, dan kematian
kami nanti sebagai detik ketika mendapat ketenangan dan kerehatan.
Ya
Allah, jadikanlah perkhidmatan dan pekerjaan kami, termasuk dalam budaya kerja
cemerlang, memenuhi ciri-ciri Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan, sebagai amalan
soleh yang mendapat keberkatan dan keredaan Mu.
Ya
Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan menyeleweng sama ada
penyelewengan masa, material dan tenaga sebaliknya jadikanlah kami sebagai
orang yang memberi tumpuan kepada kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada kami kerana sesungguhnya kami amat takut kepada peringatan balasan Mu
nanti terhadap orang-orang yang mengabaikan tanggungjawab.
رَبَّنَا
آتِنَا فِىْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِىْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِناَ عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
ٍوَعَلَى آلِهِ
No comments:
Post a Comment