Sudah sememangnya Windows mempunyai tradisi mengeluarkan produk yang belum siap . Kerusi Microsoft "panas" baru-baru ini kerana perisian Windows 10 mengalami masalah (typical Microsoft). Masalah yang dihadapi oleh pengguna ialah, apabila 'patch' untuk Windows update terbaru mereka telah menghasilkan 'error'. Pengguna di minta untuk "uninstall" microsoft office terlebih dahulu atau intalasi gagal. Setelah semua 'security patch' berjaya diinstall, barulah pengguna bebas untuk melakukan bebanan instalasi semula microsoft office. Memang membuang masa betul !. Walaubagaimanapun, pengguna Windows jangan terlalu risau kerana penggunaan Windows 10 masih dalam peringkat 'Pre-release'. Oleh itu diharap, semasa Windows 10 akan digunakan secara rasminya nanti, PC atau Laptop saya dan pengguna lain tidak 'crash and burn'.
Monday, December 15, 2014
Monday, November 10, 2014
Tips Penjagaan Pendrive ...Tau Tak?
Pada hari ini, sekali lagi petiktetikus mahu berkongsikan tips penjagaan pendrive dan external hardisk. Medium simpanan data ini amat popular sehinggakan dianggarkan jika semua pendrive dan external hardisk dikumpul, ia boleh membuat pusingan penuh sebanyak 10 kali! Hebat bukan?
Terdapat pelbagai model yang terdapat dipasaran dan rekabentuk setiap satunya hampir serupa. Dengan penggunaan teknologi usb 3.0 yang diperkenalkan, kita boleh membuat salinan data daripada satu medium kepada medium yang lain dengan masa yang amat singkat.
Tanpa membuang masa, saya akan mulakan tips penjagaan pendrive dan external hardisk sekarang.
TIPS PENJAGAAN PENDRIVE
Pastikan pendrive anda tidak diletakkan di tempat yang terlalu lembab dan panas. perlu diingat, pendrive menyimpan data di dalam cip. Suhu yang keterlaluan boleh merosakkannya.
Jangan letakkan ia berdekatan dengan magnet. Tarikan medan magnet boleh merosakkan struktur data
Letakkan di tempat yang tidak basah dan mudah terkena air. Pendrive boleh menerima renjatan elektrik
Letakkan koleksi pendrive anda di dalam satu bekas. Ia akan memudahkan anda mencari sekiranya diperlukan
Jangan cucuk pendrive anda pada PC yang tidak mempunyai antivirus. Kemungkinan ia akan menjangkiti pendrive anda
Jangan cucuk dan cabut pendrive anda secara mengejut. Ikut prosedur yang betul. sekiranya masih tak boleh, matikan PC dan cabut.
Jangan membuat sebarang proses edit data daripada pendrive dalam satu tempoh yang lama (pendrive tidak dicabut dari PC dalam 3-4 bulan). takut berlaku data hilang atau data tidak dapat di simpan
Anda tidak perlu membuat sebarang defragmentation pada pendrive anda. Jika terasa slow, backup data anda pada pc dan format terus. Pasti berjaya
Jika ternampak sebarang icon "duplicate" dan "shortcut" pada pendrive anda, scan menggunakan antivirus dan antispyware. Data selamat dan ia hanya di"sorokkan" oleh virus.
Sunday, October 26, 2014
Tips Pemilihan Power Bank...Caranya ?
Suatu ketika dahulu gadget power bank merupakan sesuatu yang agak aneh dan tidak mendapat sambutan daripada pengguna gadget. Apabila zaman "Nokia" roboh dan pengguna mula beralih arah kepada telefon pintar (smartphone) yang menggunakan aplikasi "Android", "MacOS" dan "BlackBerry", segalanya berubah. Dunia sekali lagi dilanda putaran tsunami teknologi yang membuka ruang kepada penggunaan power bank. Penggunaan kuasa oleh peralatan elektronik pada telefon pintar menyebabkan ia memerlukan satu mekenisma tenaga tambahan agar dapat digunakan dalam jangkamasa yang lama.
Terdapat banyak pilihan power bank di pasaran dan ia memberi kuasa memilih kepada pengguna. Terdapat pelbagai saiz, rekabentuk dan jumlah kuasa yang dibekalkan. Oleh yang demikian, kita perlulah membuat pilihan yang tepat agar power bank yang kita beli dapat kita gunakan semaksima mungkin
Pada hari ini, Petiktetikus ingin berkongsikan tips pemilihan power bank kepada semua pembaca laman blog ini :
pemilihan bentuk penting kerana ia menentukan bagaimana ia di bawa dan disimpan. biasanya bentuk yang kecil mempunyai kapasiti simpanan kuasa yang rendah dan yang besar mempunyai simpanan kuasa 5 kali ganda. Keselesaan pengguna juga perlu diambil kira kerana ada yang tidak sanggup membawa power bank yang berat di dalam beg bimbit. Terserah kepada anda untuk menentukannya
Wanita suka mempunyai power bank yang serasi dengan beg dan pakaian harian mereka. Bagi lelaki pula, mereka suka warna yang gelap kerana lebih menarik, Kanak-kanak pula suka yang berwarna terang dan comel. (budak berumur 5 tahun pun sudah ada Hp sendiri). Pilih ikut keselesaan anda (nak pakai lama kan?)
Anda perlu mengambil kira kuasa telefon pintar anda, dan beli power bank yang mempunyai kuasa lebih besar. Pemilihan power bank berkuasa lebih rendah, menyebabkan ia tidak dapat mengecas penuh telefon pintar anda (sedih bila hanya separuh bar dapat di cas)
Saya menekankan jenama amat penting. Bukan kerana berlagak, tetapi untuk memastikan ia mempunyai warrenty dan tidak menyusahkan kita untuk membuat tukaran sekiranya berlaku kerosakan. Jenama yang kurang di dengar bukan tidak bagus, cuma "kehebatan" dan "ketahanan" masih diragui. (beli pun tak salah, kongsikan hasilnya bersama rakan-rakan tau)
Kebanyakan power bank di pasaran ada yang "clone". Bentuk dan jenama sama, tetapi kebolehan mengecas berbeza. Kenapa?. Penggunaan bateri adalah jawapannya. Mereka menggantikan bateri asal dengan bateri yang tidak berkualiti. Bagaimana untuk mengelakkannya?, Belilah di kedai komputer besar seperti ALL IT, Thunder Match, Cycom dan seangkatan dengannya.
Saya mencadangkan pembelian power bank yang mempunyai 'indicator' berbentuk lampu daripada paparan nombor. Kita lebih mudah mengetahui paras tenaga yang tinggal atau cas penuh oleh power bank, Ia nampak lebih menarik dilihat pada waktu malam dan ada antara power bank ini di datangkan dengan lampu. Sesuai digunakan untuk mencari kunci di dalam dompet anda yang besar semasa gelap.
Telefon pintar yang berbeza mempunyai slot yang berbeza saiznya. Pastikan power bank anda mempunyai kabel yang boleh anda gunakan. Pembelian power bank yang mempunyai pelbagai kabel haruslah menjadi pilihan anda ( mungkin anda mempunyai lebih dari 1 telefon pintar dan berbeza jenama)
Pilihan yang terakhir dan terpenting. Beli power bank mengikut kemampuan anda. Tidak perlu beli yang terlampau mahal. Anda hanya perlu membeli power bank yang dapat cas penuh telefon pintar anda. Tidak perlu memikirkan untuk cas 2-3 kali kerana fungsi power bank asalnya untuk memastikan telefon anda tidak padam dan anda boleh gunakan ketika berlaku kecemasan.
Terdapat banyak pilihan power bank di pasaran dan ia memberi kuasa memilih kepada pengguna. Terdapat pelbagai saiz, rekabentuk dan jumlah kuasa yang dibekalkan. Oleh yang demikian, kita perlulah membuat pilihan yang tepat agar power bank yang kita beli dapat kita gunakan semaksima mungkin
Pada hari ini, Petiktetikus ingin berkongsikan tips pemilihan power bank kepada semua pembaca laman blog ini :
Bentuk
pemilihan bentuk penting kerana ia menentukan bagaimana ia di bawa dan disimpan. biasanya bentuk yang kecil mempunyai kapasiti simpanan kuasa yang rendah dan yang besar mempunyai simpanan kuasa 5 kali ganda. Keselesaan pengguna juga perlu diambil kira kerana ada yang tidak sanggup membawa power bank yang berat di dalam beg bimbit. Terserah kepada anda untuk menentukannya
Warna
Wanita suka mempunyai power bank yang serasi dengan beg dan pakaian harian mereka. Bagi lelaki pula, mereka suka warna yang gelap kerana lebih menarik, Kanak-kanak pula suka yang berwarna terang dan comel. (budak berumur 5 tahun pun sudah ada Hp sendiri). Pilih ikut keselesaan anda (nak pakai lama kan?)
Kapasiti Kuasa (mAh)
Anda perlu mengambil kira kuasa telefon pintar anda, dan beli power bank yang mempunyai kuasa lebih besar. Pemilihan power bank berkuasa lebih rendah, menyebabkan ia tidak dapat mengecas penuh telefon pintar anda (sedih bila hanya separuh bar dapat di cas)
Jenama
Saya menekankan jenama amat penting. Bukan kerana berlagak, tetapi untuk memastikan ia mempunyai warrenty dan tidak menyusahkan kita untuk membuat tukaran sekiranya berlaku kerosakan. Jenama yang kurang di dengar bukan tidak bagus, cuma "kehebatan" dan "ketahanan" masih diragui. (beli pun tak salah, kongsikan hasilnya bersama rakan-rakan tau)
Bateri
Kebanyakan power bank di pasaran ada yang "clone". Bentuk dan jenama sama, tetapi kebolehan mengecas berbeza. Kenapa?. Penggunaan bateri adalah jawapannya. Mereka menggantikan bateri asal dengan bateri yang tidak berkualiti. Bagaimana untuk mengelakkannya?, Belilah di kedai komputer besar seperti ALL IT, Thunder Match, Cycom dan seangkatan dengannya.
Lampu
Saya mencadangkan pembelian power bank yang mempunyai 'indicator' berbentuk lampu daripada paparan nombor. Kita lebih mudah mengetahui paras tenaga yang tinggal atau cas penuh oleh power bank, Ia nampak lebih menarik dilihat pada waktu malam dan ada antara power bank ini di datangkan dengan lampu. Sesuai digunakan untuk mencari kunci di dalam dompet anda yang besar semasa gelap.
USB
Telefon pintar yang berbeza mempunyai slot yang berbeza saiznya. Pastikan power bank anda mempunyai kabel yang boleh anda gunakan. Pembelian power bank yang mempunyai pelbagai kabel haruslah menjadi pilihan anda ( mungkin anda mempunyai lebih dari 1 telefon pintar dan berbeza jenama)
Harga
Pilihan yang terakhir dan terpenting. Beli power bank mengikut kemampuan anda. Tidak perlu beli yang terlampau mahal. Anda hanya perlu membeli power bank yang dapat cas penuh telefon pintar anda. Tidak perlu memikirkan untuk cas 2-3 kali kerana fungsi power bank asalnya untuk memastikan telefon anda tidak padam dan anda boleh gunakan ketika berlaku kecemasan.
Harap tips ini dapat membantu anda. Cubalah !
Saturday, October 25, 2014
Laptop Hybrid Touch-Screen Terbaik, Seluk Poket Dan Beli !
Petiktetikus telah menerima banyak pertanyaan berkenaan pilihan laptop hybrid yang sesuai dan terbaik untuk di miliki. Kebanyakan pengguna ini merupakan pelajar, guru, pekerja pejabat, peniaga produk, agen-agen jualan dan pekerja perhotelan.
Laptop model ini menjadi pilihan kerana ia mudah digunakan sebagai tablet dan laptop pada satu-satu masa. Ia merupakan pilihan terbaik untuk melakukan pelbagai jenis tugas seperti menaip, melihat video dan membuat penerangan (presentation) kepada pelanggan. Dengan saiz yang kecil dan mudah di bawa kemana-mana, tidak hairanlah ramai berminat untuk memiliknya.
Dengan rasa berbesar hati, saya telah memilih 3 produk yang dirasakan seimbang dari segi harga dan kualiti. Semoga persoalan anda terjawab dan anda dapat menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab dan efisyen.
Acer Aspire Switch 10
Model acer ini saya telah kupaskan di dalam post saya sebelum ini, anda boleh lawati link ini :
http://petiktetikus.blogspot.com/2014/10/produk-acer-yang-gempak-aspire-r.html
Model ini di datangkan dengan windows 8.1, 2GB RAM dan 500 GB storage
untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ACER : TEKAN
Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :
RM 1700.00 (COD)
Asus T100 TA
Model ini mempunyai tujahan kuasa yang mantap kerana digerakkan dengan enjin prosessor Intel Atom Quad Core, Windows 8.1, 2GB Ram, 32+500 GB storage
untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ASUS :TEKAN
Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :
RM 1700.00 (COD)
Asus T200 TA
Berbeza dengan model "abang" sebelumnya, model ini telah ditambah baik dari segi grafik kerana ia mempunyai keupayaan paparan HD, rekabentuk yang lebih nipis dan besar . Ia mempunyai keupayaan enjin prosessor Intel Atom Quad Core, Windows 8.1, 2GB Ram, 32+500 GB storage
untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ASUS :TEKAN
Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :
RM 1800.00 (COD)
Makin Maju Teknologi....Menakjubkan!
Sedarkah kita, teknologi semakin berkembang dan ia pastinya menjadikan hidup kita lebih mudah. Saban tahun pelbagai rekabentuk baru dicipta yang pada pandangan Petiktetikus, menarik, bijak dan menakjubkan !. Petiktetikus ingin berkongsikan beberapa teknologi akan datang yang pastinya membuatkan para pembaca turut teruja dengan kemampuan perkakasan gadget ini. Selamat menonton
HANYA JARI
PEMBANTU RUMAH
SENTUHAN MAYA+FIZIKAL
ANTI - LANGGAR LARI
NO-REMOTE
SKATE BOARD?
Produk Acer Yang Gempak ! Aspire R Convertibles, Aspire Switch 2-in-1
Tidak perlu diperkenalkan lagi jenama ini. Ia telah mendominasi penjualan laptop di Malaysia sejak dahulu lagi. Laptop yang dijual antara yang "mampu" dibeli kerana harganya yang murah. Siapa lagi kalau bukan ACER !
Pada tahun 2014 ini, Acer telah mengeluarkan beberapa produk yang menarik yang mempunyai harga yang menarik tanpa "mengorbankan" kualiti produk mereka. Antara produk terhangat tahun ini ialah Laptop Aspire R Series Convertable dan PC Aspire Switch Series 2 in 1 hybrid, . Sungguh sibuk kilang Acer kali ini.
Laptop Aspire R Series convertable di datangkan dengan model bersaiz 13" dan 14". Laptop R 13 menawarkan sesendi "Acer Ezel Aero" yang membenarkan skrin dapat diputarkan 12 jenis cara. Menarik bukan?. Manakala Laptop R 14" boleh diputarkaan 360 darjah. (Jangan terkehel tengkuk pengguna sudahler).
Selain draipada itu, R 13" berpaparan "touchscreen " yang mampu menampung imej 2560x1440 atau Full HD, prosessor i5 atau i7, SSD 1 TB dan 8GB RAM.Selain draipada itu, R 14' mempunyai paparan grafik yang mampu menampung imej 1366x768 atau Full HD, prosessor i3, i5 atau i7, SSD 1 TB dan 12GB RAM. Ia juga turut diperkuatkan dengan grafik card Nvidia GeForce 820M
Bagi yang meminati laptop hybrid, model terbaru daripada Acer ini iaitu Aspire Switch 11 dan 10 yang menggabungkan keupayaan laptop dengan tablet pasti menjadi pilihan anda. Di datangkan dengan 11.6 inch dan 10.1 inch skrin. Produk 11.6' ini mempunyai kekuatan grafik Full HD 1080p, HD webcam, prosessor i5 generasi ke-5, 4 GB RAM, 128 GB SSD, port usb 3.0 dan 2.0.
Manakala 10.1' ini mempunyai kekuatan grafik Full HD 1920x1200 atau 1280x800, HD webcam, prosessor i5 generasi ke-5, 4 GB RAM, 128 GB SSD, port usb 3.0 dan 2.0. Kaca skrin tahan lasak kerana menggunakan "Corning Gorilla Glass3". model ini telah tersedia ruang storan 32GB dan 64GB, 2 GB RAM dan mempunyai saiz berketebalan 8.9mm dalam mode tablet, manakala 20.2mm sekiranya dengan keyboard.
Satu usaha yang bagus daripada ACER untuk kembali bersaing di dalam pasaran laptop hybrid. Apa tunggu lagi? kasi korek tabung dan beli !
Thursday, September 18, 2014
Air Tangan Adik Kesayangan Aku..Malam Homemade Western Dish :)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Petiktetikus. 2 minggu yang lalu, adikku pulang dari politeknik kerana bercuti sempena hari Malaysia. Setiap kali dia pulang ke rumah, sudah pastinya dia yang akan memasak. Jangan 'jeles' sekiranya korang tidak dapat merasa kelazatan masakan adikku ini, hehe
Untuk malam itu, adik aku bercadang hendak memasak 'western'. So kami abang-abangnya membeli semua bahan masakan dan malam itu proses memasak bermula. Memang best bila kacau adik aku ketika dia sedang memasak. Nasib baik tak hangus dan kurang garam.
Masa menyediakan dan menghidangkan juadah malam itu mengambil masa 2 jam dan kami menunggu kepulangan ayahanda kami dari surau. Setiap kali kami makan bersama kami akan berbincang dan 'bertekak' mengenai pelbagai perkara, daripada sekolah adikku, politik selangor, kehilangan kapal terbang dan perkembangan perniagaan. :)
Tidak disangkal lagi, aku gembira setiap kali adikku pulang !
Thursday, September 11, 2014
Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !
Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !
Assalamualaikum dan salam sejahtera , apa yer yang perlu aku ceritan mengenai diriku ?. Aku seorang lelaki bujang yang mula berminat dengan blogging secara tidak sengaja. Aku diminta menghadiri kursus blog hanya untuk mencukupkan kursusku ( penjawat awam perlu melengkapkan 7 hari berkursus dalam setahun). Setelah itu, aku terus jatuh cinta dan tak pernah berhenti berblog sehingga ke hari ini.
Aku berterima kasih kepada semua blogger yang memberi sumber inspirasi kapadaku. Love all !
Kenapa perlu melawat blog aku?
Aku sentiasa berkongsikan maklumat dan gadget terkini di dalam dunia IT
Aku juga sentiasa berkongsikan tips penjagaan dan keselamatan IT
Aku juga berkongsikan berita dunia dan isu semasa
Impian aku apabila menjadi seorang blogger ?
Saturday, September 6, 2014
Cara-Cara Mengelakkan Virus "meratah " PC/Laptop Anda
Masalah yang sentiasa dihadapi oleh semua pengguna PC di Malaysia. Ia juga punca mengapa sesetengah pengguna PC sakit jantung dan pengsan sekiranya ada data yang penting dan perlu digunakan hilang tanpa dikesan. Masalah serangan virus ini juga menjadi punca bagaimana sesebuah organisasi 'lumpuh' dan tidak dapat bangun kembali. Serangan virus komputer seperti Y2K, ILOVEU, KAMA SUTERA dan lain-lain lagi keturunannya perlu dibendung dan hapuskan bagi mengelakkan pengguna seperti anda tidak menangis sendirian di hadapan PC.
Pelbagai kaedah dan langkah yang boleh diambil oleh anda untuk mengelakkan serangan virus ini dan Petiktetikus bermurah hati untuk berkongsi bersama tip-tip yang saya amalkan bagi megelakkan serangan virus komputer ini. Siap sedia perisai dan tombak anda sekarang!.
- Jangan sesekali (banyak kali pun jangan tau !) membuka email yang anda tidak pasti siapa pengirimnya. jangan tergoda dengan tajuk email seperti 'i love u'. 'gambar bogel', 'artis bogel', 'cabutan bertuah,'menang 1 juta' dan apa sahaja yang meragukan.
- Sekiranya anda membuka website, dan pop-up keluar menyatakan anda perlu membuat intalasi antivirus, anda dinasihati 'JANGAN!'. Kebiasannya ia adalah virus yang menyamar sebagai antivirus. Bila anda install juga, PC anda akan mula perlahan dan pop-up ini akan sentisa keluar setiap kali PC dihidupkan
- Jangan lawati laman web yang meragukan, sekiranya anda menerima sebarang link website secara pop-up, lupakan dan abaikan
- Ada sesetengah orang menyatakan jangan menggunakan perisian cetak rompak kerana dikhuatiri ada virus yang disertakan sekali, Pada pandangan saya, sekiranya anda melakukan intalasi, jangan install sebarang perisian "add-on" yang disertakan bersama-sama perisian tersebut. Kerana itu sebenarnya link virus.
- Elakkan melakukan perkongsian fail secara "network sharing". Ini kerana virus akan mudah tersebar keseluruh organisasi tanpa disedari. Tindakan yang lambat untuk menghapuskan virus komputer juga menjadikan masalah penyebaran virus secara rangkaian ni akan bertambah kronik.
- Penggunaan USB pendrive yang tidak melalui proses "scan" juga menjadi punya mudahnya virus tersebar. jangan gunakan USB pendrive pada PC yang telah diketahui mempunya "syaitan" di dalamnya.
- Sekiranya anda berada di cafe atau tempat awam yang mempunyai wifi, anda perlu mengenalpasti wifi yang sebenar. Jangan sesekali menggunakan wifi yang meragukan (biasanya yang tiada password) kerana setelah anda 'log in' hackers akan menghantar virus bersama-sama 'keylogger' untuk mencuri data peribadi anda.
- Jangan men'download' fail seperti movie,lagu dan gambar daripada website yang tidak dikenali. Kebiasannya, hancker akan mewujudkan website 'dummy' untuk memperbodohkan anda dan virus akan dihantar dengan cara ini.
- Jangan sesekali mematikan firewall PC anda, jika anda menggunaka perisian '3rd party' pastikan ia tulen dan sentiasa 'on'. jauhkan jari 'mouse' anda dari butang 'disable'
- Yang paling penting, gunakan perisian antivirus yang tulen dan sentiasa 'update' senarai virus di dunia bagi memastikan PC anda sentiasa selamat dari diceroboh dan dirosakkan oleh virus.
Untuk mengetahui apakah jenis antivirus yang menjadi pilihan Petiktetikus, boleh lihat post-post sebelum ini atau terus kepada link-link di bawah :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Toshiba Melancarkan Tablet 7-Inch Windows 8.1 dan Second Generation Chromebook
Toshiba merupakan salah satu kuasa besar di dalam liga laptop, tablet, dan chromebook. Bagi anda semua yang sedang mencari tablet dan chromebook terkini dan terbaru di pasaran, pencarian anda sudah berakhir!. Toshiba telah mengumumkan produk terbaru iaitu tablet 7-inch Windows 8.1 dan toshiba chromebook generasi kedua dengan harga yang berpatutan.
Tablet daripada Toshiba ini mempunya ketipisan 0.43 inch dan beratnya hanya 0.35 kg. Bukankan ia amat nipis ,ringan dan mudah disimpan di dalam beg galas, dan tas tangan. Selain daripada ia mempunyai saiz skrin 7 inch, ia juga dilengkapi resolusi skrin 1024x600 yang diperkuatkan dengan intel Atom Z3735G Quad-core prosesor 1.83 GHz, 1 GB Ram, 16 GB eMMC simpanan data, 0.3 MP kamera hadapan, 2 MP kamera belakang, mikro USB 2.0, microSD slot, 802.11 wifi, Bluetooth 4.0 dan Bing. Ia juga turut dipermudahkan dengan perisian Office 365 untuk urusan korporat. Semua ini dengan harga yang murah berbanding tablet lain dipasaran. (tidak termasuk tablet haram).
Mari kita tumpukan perhatian pada Chromebook 2 Toshiba. Ia di datangkan dengan 2 saiz iaitu 12 inch dan 13 inch. Ia menyediakan resolusi HD 1080p dengan dilengkapi IPS teknologi. Kedua-dua model ini dilengkapi Intel Celeron, 2GB atau 4GB Ram, HD webcam, port USB 3.0, port USB 2.0, SD slot dan port HDMI.
Siap sedia semua pembaca Petiktetikus untuk mendapatkan produk ini yang dijangka dipasaran pada 5 Oktober 2014
Sunday, August 17, 2014
Keselamatan Anak, Kecuaian Bakal Membuatkan Anda Merana !
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Petiktetikus. Hari ini saya hanya bersantai-santai di Dataran Shah Alam bersebelahan dengan Masjid Negeri. Seronok melihat rata- rata warga Shah Alam membawa keluarga bersukan dan bersantai-santai di sini. Jelas terpancar keseronokan di wajah setiap kanak-kanak yang berlari-lari dan bermain pistol buih, sangat comel !. Hari ini Petiktetikus juga ingin memberikan tips santai kepada para pembaca, iaitu berkenaan keselamatan anak semasa di taman. Menarik bukan?. Petiktetikus merasakan perkongsian keselamatan ini amat sesuai kerana"feels" Petiktetikus berada di kerusi batu sambil melihat kanak-kanak di sini hehe.
Tips keselamatan anak-anak dari sudut pandangan Petiktetikus :
1. Lihat pergerakan anak anda dari masa ke semasa. Jangan biarkan mereka bermain tanpa kawalan
2. Pastikan anak anda memakai kasut atau selipar, takut terpijak benda tajam di tanah rumput
3. Biarkan anak anda berinteraksi dengan kanak-kanak lain, tetapi bukan dengan individu dewasa yang meragukan
4. Jangan biarkan anak anda mengambil atau menerima makanan daripada individu yang tidak di kenali
5. Sekiranya anak anda mempunyai hp, pastikan ia "on" sentiasa dan ingatkan mereka supaya ia sentiasa di sisi mereka. Ia mungkin berguna ketika kecemasan.
6. Basuh tangan mereka semasa mereka makan, mungkin ada tersentuh benda kotor ketika bermain
7. Sentiasa sediakan "first aid kits", mungkin diperlukan ketika kecederaan berlaku pada anak anda atau anak orang berhampiran anda.
8. Sentiasa memohon perlindungan Tuhan semoga keluarga anda selamat daripada kecelakaan dan benda-benda buruk.
Thursday, August 7, 2014
(VIDEO) CADANGAN PENGGUNAAN KEPALA SOKET UNTUK MENGECAS POWER BANK ANDA.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog Petiktetikus. Enjoy !
Wednesday, August 6, 2014
TIPS PENJAGAAN DATA ANDA DI CLOUD....BUKAN AWAN YER !
Hai semua pembaca petiktetikus. Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca sekalian. Sudah pastinya keseronokan berhari raya masih terasa sehingga ke hari ini kerana Hari raya disambut sebulan. Betulkan?. Pada hari ini, Petiktetikus ingin berkongsikan beberpa tips penjagaan data di 'cloud'. Maklumat berkenaan jenis 'cloud' yang berada di pasaran telah Petiktetikus kupaskan di dalam post sebelum ini. Anda boleh melihat post tersebut melalui link di bawah ini :
http://petiktetikus.blogspot.com/2014/03/cloud-storage-pilih-yang-mana-anda-suka.html
Kita sebagai pengguna komputer sudah pastinya merasai evolusi penyimpanan data yang bemula sejak penggunaan 'floppy disk', 'hard disk', 'pendrive, 'external hardisk', dan sekarang kita diperkenalkan dengan konsep 'clouding'. Di bawah Petiktetikus sediakan sedikit gambaran bentuk-bentuk simpanan data yang dinyatakan tadi.
FLOPPY DISK
HARD DISK
PENDRIVE
EXTERNAL HARDISK
Penggunaan 'cloud' yang semakin popular kerana ia mudah digunakan untuk simpanan data dan mudah untuk mengambil data dari mana-mana medium seperti 'smartphone', komputer,tablet dan laptop asalkan ia mempunyai capian internet. Walaubagaimanapun ia masih memerlukan kita sebagai pengguna untuk sentiasa berhati-hati menjaga keselamatan data yang di simpan di dalam 'cloud' pilihan anda. Tanpa membuang masa, Petiktetikus akan kongsikan tip-tip penjagaan data di 'cloud', semoga anda pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian ini :
TIPS PENJAGAAN MAKLUMAT (DATA) DI CLOUD
- Jangan gunakan kata laluan yang boleh diagak oleh orang lain seperti tarikh lahir dan nombor IC. Gunakan gabungan nombor dan abjad yang mudah anda ingat seperti kata laluan "Aker20thn" bermaksud (aku bekerja 20 tahun). Cubalah !
Baca "user agreement" sebelum pilih 'cloud'
-Sekiranya anda boleh mengambil sedikit masa anda untuk membaca syarat 'agreement' cloud pilihan anda, Buat!. Anda perlu tahu apakah perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal 'cloud' dan apakah jenis sistem keselamatan yang disediakan. Untuk kesenangan anda di masa akan datang.
Gunakan 'cloud' yang menggunakan 'encrypted'
- kenapa ia penting? sekurang-kurangnya anda boleh memastikan data anda tidak boleh dibaca oleh orang lain. Ingatlah data anda amat penting dan kebocoran data bukan sahaja akan memudaratkan anda, tetapi syarikat anda juga. Sistem 'cloud' ini akan 'encrypt' dan 'decrypyt' dan di simpan dengan selamat.
Pastikan "security question" tidak boleh diteka
-Jangan sesekali menggunakan soalan yang mudah diperolehi di internet seperti 'facebook profile'. kreatif sedikit !
Backup data di tempat lain (physical drive)
-Sudah semestinya malang tidak berbau.Oleh itu, anda juga hendaklah menyimpan salinan data anda di 'external hardisk' atau medium seangkatan dengannya sekiranya berlaku masalah pada 'cloud'. bukan semua sistem bagus dan terhindar daripada 'corrupt'
'Delete' data yang tidak bermakna
- Sekiranya data anda yang tidak lagi digunakan dan ia merupakan data sensitif, eloklah anda membuang terus. memang 'cloud' mempunyai ruang yang besar dan tidak mengganggu 'space' simpanan anda, tetapi kita tidak tahu bila data ini akan dicuri dan disalahgunakan oleh individu yang bertopengkan "syaitan"
Jangan set 'auto log in'
-Anda mungkin akan mengalami kerosakan laptop dan perkakasan seakan-akan dengannya dan sekiranya anda menghantar ia ke kedai, bila mereka membuka windows laptop anda, mereka boleh terus masuk ke 'cloud' anda. Ini kerana password telah diset sebagai 'auto logi'. berhati-hati !
Gunakan antivirus dan anti-spyware
- Pastikan perkakasan anda mempunyai sistem keselamatan antivirus dan anti-spyware kerana ia dapan menghalang anasir luar untuk mencuri kata lalauan anda menggunakan "keylogger". Bersedia sebelum terkena!
Tutup mulut tempayan anda
- Jangan ceritakan kata laluan anda kepada orang lain. Ini kerana ia akan menyebabkan ramai orang tahu pasword anda dan data anda di 'cloud' secara tak langsung akan berisiko tinggi di curi. Biar pecah di perut jangan di mulut !.
PROMOSI LAPTOP KEMBALI !....BERMINAT JOM BELI
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca Petiktetikus. Hari ini saya ingin kongsikan beberapa model laptop mampu milik yang sesuai untuk kegunaan harian anda. Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian, anda boleh menelefon saya di 019-2012711 dan penghantaran terus ke tangan anda :
Lenovo G40
Lenovo G40
- INTEL N2957U 1.4 GHZ
- WINDOWS 8.1
- 14" LED
- 4 GB RAM
- 500 GB HDD
- INTEL HD
- 10 FREE GIFT BERSAMA BEG
- RM 1300.00
ASUS X453MA
- INTEL N2930 QUAD-CORE
- WINDOWS 8.1
- 14" LED
- 4 GB RAM
- 500 GB HDD
- INTEL HD
- 10 FREE GIFT BERSAMA BEG
- RM 1300.00
ANDA JUGA BOLEH MELAWAT LINK DI BAWAH INI UNTUK MEMILIH MODEL-MODEL LAIN YANG DISEDIAKAN DI PETIKTETIKUS STORE:
Thursday, July 24, 2014
Solid State Drive (SSD) Terbaru Daripada Samsung...Wow!
Salam sejahtera kepada semua pembaca Petiktetikus. Hari ini ingin memperkenalkan satu produk terbaru daripada Samsung iaitu SAMSUNG 840 EVO 2.5-inch 1TB MLC SOLID STATE DRIVE. Ruang data 1TB? Wah, ia 'space' terbesar sekali dalam keluarga SSD yang selama ini hanya ada 120Gb,320Gb,500GB. Seperti anda semua tahu SSD dapat menjana pecutan data yang amat pantas berbanding hardisk biasa. Samsung 840 Evo ini memproses data sepantas 540 MB/s untuk bacaan turutan dan 520 MB/s untuk tulisan turutan. Hebat bukan?. Walaubagaimanapun oleh kerana harga SSD agak mahal berbanding hardisk biasa makan tidak ramai mampu membelinya. Harga untuk produk ini dianggarkan RM1500.
Dengan menggunakan SSD ini, ia dapat meningkatkan produktiviti penggunaan PC seharian anda untuk melayar internet, e-mail, paparan multimedia dan permainan video (game). Dengan kepantasan sedia ada, ia dapat membolehkan proses boot PC anda hanya dalam masa 15 saat. Ia turut dilengkapi dengan '5th-generation 3-Core Samsung MEX Controller' yang membantu SSD ini melakukan beban kerja yang pelbagai dengan pantas.
Samsung 840 Evo ini juga direkabentuk untuk penggunaan tenaga yang minimum. Ia dapat mengekalkan jangka hayat bateri sebanyak 30-45 minit. Ia juga mempunyai bentuk badan yang kukuh di mana ia dilengkapi sistem tahan hentak dan besi 'casing' SSD ini turut tahan habuk dan karat. Jika anda risaukan keselamatan data anda, SSD ini mempunyai sistem 'AES 256-bit full disk encryption' bagi menjamin keselamatan data dari hilang atau diceroboh.
Petiktetikus ingin kongsikan spesifikasi untuk SAMSUNG 840 EVO 2.5-inch 1TB MLC SOLID STATE DRIVE :
Video untuk SAMSUNG 840 EVO 2.5-inch 1TB MLC SOLID STATE DRIVE :
Monday, July 21, 2014
Warga Afrika Di Malaysia...Lidah Bercabang Menipu bangsa KIta Di Dunia Maya
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Petiktetikus. Pada pagi ini saya ingin mulakan dengan berkongsikan masalah lelaki dan wanita di Malaysia. Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa banyak warga Malaysia, tidak kira lelaki mahupun wanita yang telah tertipu dengan mamat hitam ini. Banyak berita yang telah terpampang di media cetak tidak kira di TV, radio dan surat khabar. Berjuta-juta wang keringat kita ditipu dengan sebegitu licik sekali di media sosial tidak kira di Facebook, WeChat dan lain-lain yang seumpama dengannya dan hasilnya banyak warga Malaysia terduduk duka dan menangis tidak berlagu. Mengapa masalah ini tetap berlaku walaupun badan penguatkuasa undang-undang Malaysia telah menggerakkan jentera masing-masing memburu 'siamang-siamang' hitam ini?.
Saya ingin ingatkan disini bukan semua warga Afrika yang tiba di sini memberikan masalah kepada kita. Cuma kebanyakan daripada mereka menyalahgunakan pas pelajar mahupun pas lawatan ke Malaysia untuk melakukan operasi 'bangsat' ini. Tahukah anda , lebihkurang 899 rakyat kita telah menjadi keldai dadah mereka dan ditangkap di negara luar?. Ada yang dipenjara seumur hidup dan ada yang menunggu hukuman mati. Sedih bukan?bagaimana mereka melakukanya? bagaimana modus operandi mereka digerakkan?. Petiktetikus ingin berkongsikan kepada pembaca sekalian bagaimana mereka menipu kita di dunia maya.
- Mereka bergerak di dalam satu kumpulan yang besar. Dalam satu-satu masa, meraka akan membuat beberapa kumpulan kecil bagi mensasarkan golongan mangsa tertentu di lokasi berlainan
- Mereka akan membuat beberapa akuan di dalam facebook dan menyamar samada menjadi warga Malaysia atau warga luar.
- Mereka mempunyai buku manual bagaimana untuk menjerat mangsa-mangsa, dari bagaimana untuk memulakan perbualan, perkenalan, mengambil hati,memberi hadiah dan setelah jerat habis dipasang, anda akan ditipu dan dipergunakan sebagai keldai dadah atau mangsa cinta duit.
- Tahukah anda di dalam setiap nama facebook itu, bukan seorang sahaja yang melakukan taipan pada 'status' dan 'komen'. Sebagai contoh, atas nama "jason" sekurang-kurangnya anda berbual dengan 5-6 orang berlainan. Meraka bergilir-gilir menaip.
- Meraka biasanya akan menggunakan nama di facebook dengan nama melayu bagi memudahkan anda mesra dan memperoleh kepercayaan anda dengan mudah
- Meraka juga kadang-kadang menggunakan nama orang putih dan mengatakan mereka mempunyai simpanan wang yang banyak dan memerlukan anda berkongsikan nombor akaun bank anda untuk 'transfer' .
- Jikalau anda perasan, sekiranya anda menerima 'message' di facebook anda, selepas itu anda tidak memberikan tindak balas (melayan) pada email tersebut, selepas seminggu, nama email itu berubah begitu juga gambarnya. Menarik bukan?
- Setelah anda jatuh cinta kepada mat gelap ini, anda akan diminta untuk bersemuka. Sudah pastinya di rumah dan bukan di kawasan khalayak ramai.
- Meraka akan menjanjikan hadiah, memberikan tiket percutian atau meminta anda ke kuar negara untuk urusan kerja. Di sinilah mereka akan menjadikan anda keldai dadah.
- Mereka akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi menyukarkan polis mengesan mereka.
Semoga informasi yang saya kongsikan memberi manfaat kepada kita bersama. Jagalah ahli keluarga kita daripada penipuan terancang ini dan sentiasa melihat kejiranan kita sekiranya anda merasakan ada tindakan meragukan daripada jiran warga afrika anda. Beringat sebelum kena,bertindak sebelum terlambat.
Keratan Akhbar Untuk Perkongsian Bersama
Friday, July 18, 2014
MH17 Tragedi Penerbangan Ngeri Berulang
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Petiktetikus. Pada hari Khamis ,malam tadi satu lagi tragedi hitam berlaku dalam sejarah penerbangan Malaysia. Pesawat MH17 telah dilaporkan ditembak jatuh di sempadan antara Ukrain dan Rusia. Dilaporkan tiada satu pun nyawa yang terselamat daripada malapetaka ini. Terdapat 295 penumpang yang dalam perjalanan daripada Amsterdam pulang ke Malaysia. Siasatan awal mendapati ia ditembak jatuh oleh Pemberontak Pembebasan Ukrain yang dilaporkan sedang bertempur dengan tentera Ukrain ketika ini.
Petiktetikus mendapat maklumat mengatakan Presiden Ukrain merasakan pesawat MH17 telah ditembak jatuh dan bukan akibat masalah elektronik pesawat. Amat menyedihkan apabila melihat banyak cebisan mayat hancur bertebaran di kawasan tanah lapang di kawasan pesawat terhempas. Ada mayat yang masih terbakar dan ada yang masih nampak bentuk badan kelihatan. Media barat melaporkan 100 mayat telah dijumpai di dalam lingkungan 9 batu dari tapak pesawat terhempas.
Laporan yang di dapati daripada menara kawalan lapangan terbang Ukrain mengatakan pesawat MH17 terputus hubungan pada pukul 2.15PM pada kedudukan 30 batu daripada sempadan Rusia dan Ukrain. Buat masa sekarang, Ukrain dan Rusia masing-masing menyalahkan antara satu sama lain dan menyalahkan pemberontak. Pihak Amerika yang bertindak sebagai sekutu kuat Ukrain telah menggerakkan penyiasatan berkenaan nahas MH17 dan telah menghubungi pihak Rusia untuk mendapatkan cerita sebenar. Pertelagahan antara 3 negara ini menyulitkan lagi proses mengenalpasti punca dan sudah semestinya sekali lagi Malaysia menjadi mangsa keadaan.
Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tragedi MH17 dan berjanji kepada rakyat Malaysia akan melakukan siasatan menyeluruh dan akan mendapatkan jawapan kenapa tragedi ini berlaku.
Peristiwa berdarah MH370 yang masih lagi berdarah dan belum lagi kering, terkoyak semula dengan tragedi MH17. Adakah anda tahu rekabentuk MH 17 sama dengan MH370? Ya ia sama sekali!. Adakah ini satu petanda ngeri seperti tayangan wayang "final destination" apabila tragedi digambarkan akan berlaku berulang kali?. Apa yang pasti kita sebagai umat Nabi Muhammad hendaklah sentiasa bersabar dan menerima segala ujian dan ketentuan Allah dengan hati yang redha. Apa yang boleh kita harapkan ialah kerajaan Malaysia hendaklah bertindak pantas sebelum ia menjadi satu isu yang rumit. Ini sejarah pertama pesawat Malaysia ditembak jatuh oleh pengganas. Kerajaan Malaysia, Bertindak Cepat!
Petiktetikus ingin berkongsi laporan media barat mengenai tragedi pesawat MH17 :
Rakaman awal ditempat kejadian
Rakaman video amatur semasa pesawat MH17 terhempas
Berita barat mengenai tragedi MH17
MARILAH KITA BERDOA UNTUK MANGSA-MANGSA MH17
#PRAYFORMH17
Subscribe to:
Posts (Atom)