Friday, June 25, 2010
Arghhh!! Kenapa Ini terjadi !@#$%
Pernah tak korang berasa kesepian dalam dunia yang fana ini? merasakan bahawa anda dibenci atau dipandang serong walaupun anda telah sedaya upaya memberikan terbaik kepada dunia ini. Yep! saya pernah merasa perasaan yang anda rasakan. itulah salah satu keunikan di dalam kehidupan kita. Tanpa asam garam,pahit manis dunia yang kita hidup bersama ini akan menjadi jumud dan boring tahap cipan. Oleh itu,apa masalah pada kita sebenarnya?. perasan keliru pasti akan keluar dari fikiran anda. antara anda akan salahkan orang lain atau anda akan salahkan diri sendiri. perasaan bahawa tuhan amat kejam kepada diri anda pasti menjadi titik tolak kepada pembunuhan diri sendiri. Nauzubillah! oleh itu, macam mana kita hendak meyelesaikan persoalan ini? perlulah anda ingat bahawa setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini adalah berbeza. tidak kiralah pada bahasa, warna kulit warna mata atau bentuk tubuh(ha!jangan fikir lain lak). Oleh yang demikian, terdapat pelbagai perangai yang kadang kala amat lah baik ya amat!! dan sejahat iblis laknat. apa yang saya hendak katakan disini ialah kerana perbezaan ini kita tidak dapat memuaskan hati semua manusia. oleh itu jika merasakan perasaan anda di abaikan adalah normal dan bukan anda seorang yang merasakannya...berjuta penduduk dunia turut berada di keadaan anda ketika ini. Jika ada individu membenci anda, abaikan dia,jangan dilayan makhluk 3 suku ni. dan sekiranya ada yang menyukai anda, hargailah mereka seperti adik anda sendiri(jangan lebih2 lak,kang ader kena penyepak). Nasib anda sebenarnya anda sendiri tentukan. Tiada bukti menyatakan kesusahan dan kehinaan diwarisi dari keturunan. jikalau ada orang berkata sedemikian..cabutkan kasut mereka dan sumbatkan ke dalam lubang belakang diantara celah kaki. baru sedar apa yang meraka cakap itu adalah penipuan sahaja. percalah bahawa ada orang yang menyayangi anda.Tak percaya? lihatlah individu yang paling dekat dengan anda,siap lagi kalau bukan ibu dan bapa sendiri...merekalah rakan..merekalah sahabat. Dan sekiranya merasakan tuhan mengabaikan anda, ingatlah segala cabaran dan penat lelah sebagai tanda ia sentiasa memerhatikan dan memberikan sepenuh tumpuan kasih sayang kepada anda.PERCAYALAH!!!!
Oleh itu.....trust yourself and pray if something good or bad happen so that you body and mind is pure and peace..InsyaAllah
Labels:
Tahukah Anda?,
Tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment