Friday, June 25, 2010

Cinta,apakah ia ilusi?



Pertemuan 2 insan, teruna dan dara,adam dan hawa mahupun jantan atau betina(sory agak keras) merupakan sisipan cerita indah yang saban kali kita dengar dan lihat di rencana mahupun tayangan drama atau movie. Ia merupakan detik terindah dalam hidup seseorang itu kerana ketika ini fikiran yang waras akan menjadi kurang siuman seketika, perasaan keserasian timbul secara tiba-tiba dan membuatkan anda (mengaku je la) berangan -angankan sebuah kehidupan bahagia disamping pasangan tersayang dan deretan anak-anak yang comel....macam nak picit2 jer pipi diorangkan?......WOIIIII....BANGUN.....DAH...DAH...JANGAN BERKHAYAL LAGI.
Ingatlah wahai rakan-rakanku, selama 26 tahun penulis meredah samudera kehidupan yang penuh cabaran ini tiada yang mudah dan indah seperti yang kita harapkan seperti dalam angan-angan kita. Penceraian,Pergaduhan,Penderaan dan hilang kasih sayang merupakan realiti sebenarnya yang berlaku dalam hidup di zaman moden sekarang ini. Penulis merasakan sogokan kasih sayang yang diterapkan dalam modus pelajaran,wayang dan drama merupakan kiasan sinis peroducer atau pengarang yang melihat dari sudut pandangan mereka secara relatif sahaja. Ya penulis tahu anda tidak bersetuju dengan pandangan penulis sebentar tadi. Anda mungkin akan mengatakan tidak semua perkara negatif tadi berlaku pada setiap orang, dan mungkin anda akan memberi 1001 contoh pasangan yang bahagia,2002 contoh keluarga yang harmoni dan 3003 contoh cinta sejati yang diperolehi....Ya saya tidak mahu mempertikaikan pendapat saudara. tapi ingatlah cinta manusia kepada manusia hanyalah ilusi yang terhasil daripada cetusan logik fikiran dan di lempiaskan dengan nafsu dan keinginan. khayalan ini akan membentuk satu blok bayangan didalam fikiran yang mana lakaran indah akan dihasilkan dan isyarat ini akan dihantar kepada otak dan memberikan riaksi spontan pergerakan tubuh dan perilaku secara zahir sahaja. Yep percaya atau tidak terserahlah kepada anda.Dimanakah cinta? apakah buktinya anda dicintai. Sekiranya apa yang anda boleh buktikan hanyalah pemberian hadiah dan pelukan manja beserta kata-kata manis..lupakan sahaja hasrat untuk menegakkan kebenaran ini.Nilai-nilai kebendaan ini hanyalah sementara sahaja. Anda tak percaya kata-kata penulis? cuba dengar contoh yang akan saya berikan ini...Berapa ramai pasangan yang telah berkahwin merasakan kehangatan cinta setelah 5-10 tahun berkahwin, Berapa ramaikah suami yang merasakan isteri mereka tidak lagi "menyerikan" mahhkota tubuh badan mereka untuk tatapan mereka...Berapa ramaikah mengahwini pasangan yang kononnya suatu ketika dahulu akan sehidup semati dan tiada yang lain?. Jika persoalan ini diutarakan secara umum, jawapan yang pasti diterima pasti mengejutkan anda. Pasti penulis merasakan anda terduduk dan termenung seketika tentang pendapat penulis sebentar tadi...Ya...Kebenaran itu "kesakitan"..perlulah kita menerima tanpa perlu mempertikaikannya

No comments:

Post a Comment