Monday, June 28, 2010

Porno Asia Semakin Hangat


Adakah manusia semakin bodoh atau bangang? pening kepala ku memikirkan persoalan ini. Pelbagai isu baru timbul di benua asia dalam tahun ini. Kejatuhan pentadbiran Jepun dimana parti kerajaan tewas kepada pembangkang, kehilangan pulau batu putih kepada Singapura, jatuhnya pemerintahan parti buruh di Australia dan perdana menteri wanita baru dipilih, rusuhan di Cina dan pengboman di India..tetapi tiada yang lebih hangat daripada tayangan perdana "PeterPorn" yang mana jumlah kutipan kasar telah mencapai 100 ribu pengunjung. Lakonan hebat Ariel dan Luna Maya menjadi tarikan utama filem ini. Hasil kreativiti yang unik kerana penggambaran hanya mengambil masa yang singkat dan menggunakan kamera 3.2 Megapixcel menjadikan ia evolusi perfilem terbaru masa kini. Banyak pengkritik memberikan ulasan yang memberangsangkan dan mengharapkan lebih banyak filem genre seperti ini di buat dengan lebih banyak lagi. Dana khas dari badan perfileman telah bersetuju menyediakan dana yang lebih besar untuk Ariel membuat Sekual ke-2 dan ke-3 sekiranya mendapat sambutan yang hangat.HA! Ha! Ha! Ha!

Kenapa perlunya Ariel berkelakuan gampang seperti ini, dia memiliki segala yang diperlukan dan diimpikan oleh setiap lelaki. Popular, Hansem,Kemewahan,Isteri dan seorang Ikon....kenapa dia perlu merosakkan semua hanya kerana kebodohan membuat rakaman seks yang kononnya untuk disimpan sebagai khazanah berharga untuk tatapan anak cucu. Aku agak terkejut melihat tabloid berita semalam mengatakan terdapat 7 lagi wanita yang "mungkin" bErAmAh MesRa!! bersama Ariel. Wow satu lagi klon Tiger Woods dijumpai. Apakah sudah tiada lagi "kemaluan" pada dirinya menjaja tayangan blue secara sengaja,OPs!! tidak sengaja kot, mungkin dia ada menghantar handphone untuk dibaiki,atau hantar laptop untuk di selelenggara dan secara tidak sengaja manusia yang dahagakan seks membuat salinan dan diedarkan secara meluas di internet? yep,ini bukan salah Ariel!...so naive...BULLSHIT!!...yang anda buat rakaman tu siapa suruh! kan dah memalukan diri dan keluarga. Walaubagaimanpun kita tidak boleh memandang kejadian ini tidak berlaku di bumi tercinta Malaysia ini. Rakaman budak sekolah,anak gadis yang menyerahkan keperawanan secara sukarela sambil ketawa dan lagi menyedihkan dirogol secara terang-terang dilakukan oleh rakyat di negara kita. kita menghina negara orang, tetapi setompok tahi lembu terkena kepada diri sendiri. Dimanakah nilai murni seperti malu dan besopan santun hilang? adakah ini bayangan masa depan untuk bakal anak-anak yang akan kita"cipta" nanti?sanggupkah kita melihat ini berlaku kepada keluarga kita? Oh tidak!. Lihatlah negara barat seperti Amerika yang mempunyai kebebasan mutlak, apa yang telah terjadi kepada negara mereka sekarang? semakin hancur dan musnah setelah kehilangan pedoman dan akal fikiran dijadikan sampah disimpan di dalam laci sehingga berkarat. Ingatlah keseronokan seperti ini hanya sementara....kesan keburukan yang terhasil daripadanya lebih teruk dan dasyat mungkin dikenang sepanjang zaman...seperti pelakon ini....meninggalkan legasi "PETERPORN"

No comments:

Post a Comment