Monday, June 28, 2010

Kehidupan,Ilusi dan Fantasi?


Tiada apapun yang mudah di dalam dunia ini, walhal untuk mati pun merupakan perilaku yang amat sukar. Tak percaya? cuba ambil sebilah pisau dan cuma letakkan di leher. letak jer ok!. pasti dalam sekelip mata pelbagai andaian tersembur keluar daripada fikiran kita. terfikir betapa sakitnya kulit jika ditoreh pisau, nasib anak-anak yang kehilangan bapa,kematian yang tidak ditangisi dan bendbenda keduniaan yang begitu sayang ditinggalkan. Susahkan? seperti penulis katakan tadi, apapun dari yang penting kepada benda yang remeh ianya memerlukan semangat yang kuat dan fikiran yang rasional untuk dilakukan. Apakah itu kehidupan. Apa makna Hidup? adakah ia dirasakan semasa membuka mata dari tidur, adakah ia dirasakan semasa menarik nafas semasa kepenatan atau kelegaan selepas membuang air besar! kelakar bukan, tapi inilah realitinya. perasaan ini sering dipandang enteng dan tidak diambil peduli. Alangkah ruginya. Berbalik kita kepada tajuk utama, Apakah nilai kehidupan sebenarnya?

Penerangan secara saintifik mengupaskan "hidup"merupakan entiti yang memberika isyarat dan proses pengekalan diri secara biologi dan sekiranya ia berlaku sebaliknya, entiti tersebut telah menamatkan proses pengekalan diri secara saintifiknya "inanimate" maksudnya MATI. Fuhh! faham tak korang?. peliknya, kenapa agaknya? dalam dunia sains dan teknologi unsur roh tidak boleh digunapakai. Ia tidak boleh dibuktikan kewujudannya. Sekiranya sains tidak boleh membuktikan roh, maka kewujudannya ditolak. Hidup ini sering dipertikaikan dari mana kewujudannya. ok kita tingalkan persoalan itu, biarlah pakar yang mempunyai master dan PHD memikirkannya.

Sebagai umat islam kita wajib bersyukur dengan anugerah kehidupan yang diberikan oleh Allah, Allah telah membentuk setiap kenhidupan dengan unik dan mempunyai "purpose" masing-masing. Manusia khasnya diciptakan untuk menyembahnya,tanpa bebelah bahagi. Walaupun ada segelintir yang merasakan hidup ini hanyalah ilusi dan mainan mimpi. Maka timbullah cerita fiksyen seperti "Matrix". Ya penulis mengakui ia merupan salah satu movie yang diminati. pelakonnya yang hansem dan cantik beserta grafik 3D yang mengujakan membuatkan individu terlupa bahaya kesan penayangan movie tersebut. ia menjadikan manusia mempertikaikan kehidupan realiti sekarang dan menganggap apa yang di dalam movie itu benar-benar berlaku,"manusia menjadi hamba mesin".Lebih parah lagi ada remaja yang belum cukup mentah telah membunuh dirinya semata-mata ia percaya dia masih berada di alam mimpi dan tidak menyukai kehidupannya sekarang.Ini benar-benar berlaku. Mudahya manusia terpedaya.

Oleh yang demikian kita sebagai manusia tidak kira yang beragama atau tidak mempunyai agama(menolak kewujudan tuhan) secara logikalnya hendaklah benar-benar mengkaji apakah erti sebanar sebuah kehidupan, Kepayahan,kesusahan,kegembiraan,kesedihan dan lain-lain perasaan merupakan rempah ratus yang perlu ditelan dan dicerna. Hargailah kerana ia merupakan perhentian terakhir sebelum menuju pintu Syurga atau Neraka

No comments:

Post a Comment