Thursday, June 24, 2010

Kona Kanan Belok Kiri....alamak Lori !!


Seperti yang korang sedia maklum,perjalanan di waktu subuh ditemani embun-embun dan udara sejuk menyukarkan mata untuk bertahan lama terbuka....kadangkala tertutup dan fikiran mula terawang2 di kayangan...dan ini berlaku semasa tanganku masih di strereng kereta sambil memecut 80 km sejam...fuhh ni kalau Michele Shumacc nampak ni gerenti tabik spring kat aku...Aku berasa hairan dan pelik kenapa aku masih belum excident "tergolek dog". Bukan aku meminta...kuh semangat! harap jauhkan bencana ni...kadangkala aku terdiam sejenak dan mula berfikir,adakah ini petandanya masa dan tarikh tamat"expired" rohku belum tiba lagi dan ini menjadikan walaupun aku memandu selaju-laju atau aku bantai coner 45 dan 90 darjah...aku masih selamat. Melihat kejadian kemalangan yang kerap kali terpampang di halaman akhbar menyeramkan bulu romaku. Putus kepala,koyang muka,patah tulang belakang dan berkecai tanpa perkenalan membuatku hampir muntah kerana perutku mula berasa mual dan loyar. Berbagai langkah telah ku ambil untuk menghilangkan mengantuk ini, antaranya aku sediakan makanan dan minuman di sebelahku.itulah sebabnya keretaku dan jadi macam pusat pelupusan barang terbuang..keduanya aku memasang radio..pergh!! walaupun aku pasang lagu death metal,still mata aku leh layan kuyu beb...serius ni. so usaha dah buat still tak berjaya...agaknya aku kena pasang tv LCD32" kat kereta sambil layan movie kot...ini favorite aku...aku leh layan 4 movie non-stop k...akhirnya langkah terakhir aku ambil...pasrah dan tawakkal ku kepada ALLAH yang Esa menyelamatkanku dari onar dan bahaya yang sentiasa menjadi sahabat dan rakanku ,Tanpa Bayang,Tanpa Bau dan Tanpa Rasa.....


No comments:

Post a Comment