Saturday, June 26, 2010

Hari Ilmu Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010...Wow! meriahnya




Penulis berasa amat terkejut dengan sambutan penduduk negeri Selangor menghadiri majlis anjuran kerajaan negeri yang julung-julung kalinya diadakan di Taman Tasik Shah Alam. Seawal pukul 7 tadi beberapa buah bas telah sampai menurunkan muatan yang tidak sabar-sabar terlibat dalam majlis ini dan sudah pastinya ia akan mencipta sejarah tersendiri bagi yang meyertainya. Penglibatan Sektor Awam , Sektor Swasta , Pusat pengajian Tinggi, Sekolah Menengah dan Rendah dan tidak dilupakan juga penduduk di sekitar Shah Alam ini membuatkan lokasi tasik dipenuhi ribuan manusia. Penulis terkejut dengan jumlah keharian yang diperolehi sekitar pukul 8.30am tadi..jumlah keseluruhan telah mencapai 14000 orang..Bangganya menjadi rakyat Selangor di saat ini. Pelbagai acara di adakan di sini. Program membaca buku secara beramai-ramai secara serentak. Wow!! penulis sendiri berasa "excited". melihat kanak-kanak kecil berlari-lari sambil memegang buku, ibu bapa memangku anak-anak mereka dan bersama-sama membaca buku dan pemberian buku secara percuma membuatkan pembaca merasakan budaya ilmu yang ingin diterapkan oleh kerajaan negeri telah berjaya hari ini. OH! sebelum terlupa ACARA INI AKAN DI MASUKKAN DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORD!! dengan jumlah pembaca buku terbanyak. Memang sepatutnyaia direkodkan,jika tidak,penulis sendiri akan merasa kecewa. Daripada sudut pandangan penulis yang sekarang ni berada betul-betul di sebelah tasik, dapat dilihat beratus-ratus orang duduk di sepanjang persisiran tasik, melaungkan semangat ,gelak ketawa dan membaca buku. Sampan-sampan dikayuh perlahan di tasik dan sebagai kejutan sebuah belon kapal terbang akan menjadi tanda majlis ini dirasmikan. Ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada kerajaan negeri dan Exco kesayangan kita YB. Halimah sebagai pemegang porfolio pendidikan di Negeri Selangor, yang telah berjaya merialisasikan program ini. Program ini akan dirasmikan secara rasmi oleh DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ. Kehadiran beliau dengan menaiki bot sambil diiringi oleh pemberita dan pihak berkuasa amat mengujakan. Keramahan baginda lebih terserlah dengan lambaian mesra kepada rakyat-rakyatnya yang menunggu di tepi tasik. Penulis merasa lebih seronok apabila melihat kontijen-kontijen membuat aksi "ombak" di sepanjang tasik.....sebijik seperti melihat perlawanan bola sepak. Oleh itu, bagi sesiapa yang masih berada dirumah, tiada apa-apa aktiviti yang hendak dilakukan, marilah beramai-ramai ke sini........JOM!!

ikhlas membuat laporan dari Tasik Shah Alam....PsyCotic


No comments:

Post a Comment